• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Salah hantar mesej di Facebook Messenger? Padam je

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 08/11/2018
  • Komen
Salah hantar mesej di Facebook Messenger? Padam je
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook Messenger adalah satu cara mudah untuk bersembang di alam maya. Cuma bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mesej buruk padahnya.

Tetapi ia mungkin akan berubah kerana Facebook ingin memberi peluang kepada pengguna, selama 10 minit untuk memadamkan mesej yang tersilap hantar. Atau menjadikannya seperti mesej Mission Impossible. Musnah dalam masa 10 minit.



Dalam kemaskini terbaru Facebook Messenger 19.10 di Apple Appstore, ia menyatakan akan datang, pengguna boleh memadamkan mesej yang telah dihantar, di kedua-dua belah pihak penghantar dan penerima. Tempoh yang diberikan ialah 10 minit. Lebih dari tu, tak boleh padam lagi.

Tiada pula berita untuk versi Android. Tetapi ia pasti akan menyusul kemudian.



Memadamkan mesej yang telah dihantar di kedua belah pihak ni bukanlah perkara baru. Platform permesejan paling popular di Malaysia, WhatsApp memberikan tempoh sejam untuk memadamkan mesej yang telah dihantar.

Cuma apa yang tidak adilnya, pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg mempunyai pilihan untuk memadamkan mesej selama mana yang beliau mahu. Awal tahun ini, beberapa pengguna Facebook mendapati, mesej Zuckerberg kepada mereka telah dipadam. Facebook meminta maaf tentang perkara ini dan berjanji akan memberikan fungsi memasam mesej ini kepada semua. Dan ini nampaknya langkah pertama mereka.

Pastinya fungsi memadamkan mesej yang telah dihantar ini sesuatu yang bagus kepada semua. Anda ada cerita menarik tentang mesej di Facebook Messenger yang tersilap hantar? Kongsi sikit di ruang komen

[Sumber: Mashable]

Tags: FacebookFacebook Messenger
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Salah hantar mesej di Facebook Messenger? Padam je

Salah hantar mesej di Facebook Messenger? Padam je

8 November 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER