• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Realme C67 dengan Snapdragon bawah RM900, percuma fon telinga

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:23 pm
  • 29/12/2023
  • Komen
231228 Realme C67
Share on FacebookShare on Twitter

Jika semalam kami mendedahkan bahawa C67, telefon pintar Realme baharu di bawah siri C bakal memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2024, namun sebelum pelancarannya, harga untuk pasaran tempatan telah pun diketahui.

Harga Realme C67 di Malaysia

Menerusi semakan di DirectD terdapat dua pilihan varian storan yang akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia, iaitu:



231229-Realme-C67-Price
  • Realme C67 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM799
  • Realme C67 ((RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899

Walaupun secara rasminya, Realme Malaysia hanya akan melancarkan telefon pintar itu pada 4 Januari 2024, namun bagi anda yang berminat boleh mula mendapatkan C67 secara atas talian daripada DirectD di sini.

Lebih menarik lagi, dengan pembelian Realme C67, akan mendapat hadiah percuma fon telinga wayarles TechLife Memory Neckband. Hadiah itu diberikan sementara stok masih ada.



Namun suka untuk diingatkan bahawa penjualan Realme C67 itu adalah daripada DirectD, jadi mungkin hadiah percuma tersebut merupakan pemberian DirectD sendiri kerana tiada pengumuman secara rasmi daripada Realme lagi.

Spesifikasi Realme C67

Realme C67 dilengkapi skrin sebesar 6.72 inci, dengan resolusi 1080×2400 FHD+ dan kadar penyegaran semula 90Hz serta kecerahan sehingga 950 nits, yang memaksimumkan penggunaan dalam cahaya matahari. 

231228 Realme C67

Atas papan utama, ia diperkasa cipset Snapdragon 685 6nm, bersama pilihan storan 128GB atau 256GB. Tambahan memori luaran sehingga 2TB juga tersedia. Dari segi perisian, ia menjalankan sistem operasi Realme UI berasaskan Android 14.

Untuk aspek fotografi, kamera utamanya menawarkan 108MP f/1.75 yang dilengkapi teknologi 3x In-sensor Zoom, malah dikatakan sebagai telefon pintar yang pertama dalam kelasnya yang menawarkan teknologi ini. Ia juga dilengkapi 8MP f/2.05 kamera selfie.

Untuk memberikan hasil video yang lebih stabil dan mengurangkan efek bergoyang, telefon pintar keluaran Realme juga dilengkapi dengan EIS (Electronic Image Stabilization). 

231228 Realme C67

Tenaga telefon C67 disalur oleh bateri berkapasiti 5,000 mAH bersama pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Ciri-ciri lain termasuk dwi stereo speaker, NFC, Bluetooth 5.0, Penderia Geomagnet, Sensor jarak, Penderia Cahaya, Penderia Pecutan dan Giroskop.

Realme C67 juga menawarkan fungsi eksklusif Kapsul Mini  2.0, versi terkini Mini Kapsul Realme. Fungsi tersebut adalah sama dengan ciri Dynamic Island yang miliki Apple, notifikasi yang muncul pada bahagian atas skrin, pada bahagian kamera hadapan dan Realme adalah jenama telefon Android pertama dengan ciri ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Realme C67, boleh tonton video di bawah:

Bacaan berkaitan:

  • Realme C67 bakal dilancar Januari 2024, pertama dengan Snapdragon & kamera utama 108MP
  • Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500
  • Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara
Tags: harga Realme C67RealmeRealme C67snapdragon
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231228 Realme C67

Harga Realme C67 dengan Snapdragon bawah RM900, percuma fon telinga

29 December 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER