• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone dengan papan kekunci QWERTY fizikal, mudah untuk menaip

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:50 am
  • 07/01/2024
  • Komen
240107 Clicks QWERTY iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Jika dahulu fenomena Blackberry menjadi kegilaan kebanyakan pengguna telefon pintar, kini Clicks melancarkan papan kekunci QWERTY fizikal untuk model iPhone.

Clicks Creator Keyboard adalah reka bentuk papan kekunci QWERTY yang direka untuk meningkatkan pengalaman menaip pengguna dan ia serasi untuk berbilang model iPhone, termasuk iPhone 14 Pro, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.



240107 Clicks QWERTY iPhone

Papan kekunci QWERTY Clicks

Clicks adalah sarung telefon yang dilengkapi papan kekunci QWERTY silikon untuk iPhone. Penggunaan papan kekunci itu dikatakan dapat memaksimumkan ruang skrin dan membolehkan pengguna menikmati aplikasi dan kandungan tanpa gangguan papan kekunci pada skrin.

Kehadiran bunyi semasa menaip dianggap sebagai tarikan utama pada papan kekunci QWERTY Click itu. Ia juga menyediakan akses mudah kepada pintasan iOS, menjadikan ia praktikal untuk kegunaan harian.



240107 Clicks QWERTY iPhone

Papan kekunci itu juga dilengkapi lampu latar yang boleh ditogol untuk menaip dalam keadaan cahaya malap dan menyokong pengecasan melalui sambungan Lighting atau USB-C bergantung pada model iPhone. Selain itu, ia serasi dengan pengecasan tanpa wayar.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan sarung silikon itu adalah silikon cecair, polikarbonat, kulit vegan dan nikel bersalut untuk memastikan ketahanan dan keselesaan.

Harga papan kekunci QWERTY Clicks

Berikut adalah harga jualan papan kekunci QWERTY tersedia dalam dua warna kuning dan kelabu:

  • Model iPhone 14 Pro – USD139 (~RM647)
  • Model iPhone 15 Pro – USD139 (~RM647)
  • Model iPhone 15 Pro Max – USD 159 (~RM740)
240107 Clicks QWERTY iPhone

Bagi yang berminat, boleh melakukan pembelian menerusi laman web Clicks.

Ikut harga di atas, sememangnya sarung papan kekunci QWERTY Clicks itu memang mahal. Malah penggunaan sarung silikon tersebut menjadikan iPhone lebih panjang. Pun begitu, buat anda yang menyukai kewujudan papan kekunci fizikal pada telefon pintar dan tidak kisah mengenai harganya, mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli sarung papan kekunci tersebut.

[Sumber: Clicks]

Bacaan berkaitan:

  • Pengecas murah iPhone 15 Pro Max punca kabel rosak & jari melecur
  • Ini sebab kenapa jangan beli iPhone terpakai
  • iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang
Tags: Clicksiphone 14 proiphone 15 proiphone 15 pro maxPapan Kekunci QWERTY
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240107 Clicks QWERTY iPhone

iPhone dengan papan kekunci QWERTY fizikal, mudah untuk menaip

7 January 2024
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN