• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Android jenama HMD dilancar Julai ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:12 pm
  • 29/02/2024
  • Komen
Telefon Android jenama HMD dilancar Julai ini
Share on FacebookShare on Twitter

HMD Global, syarikat yang mengambil alih jenama Nokia sebelum ini ada mengumumkan langkah mereka mahu memperkenalkan telefon pintar jenama mereka tersendiri. Nampaknya ia akan tiba tidak lama lagi selepas HMD mengumumkan secara rasmi keberadaan telefon itu di acara Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona.

One more thing guys…https://t.co/GFX5LFnPp3#HMD #MWC24 pic.twitter.com/wxu6xOKRqY

— HMD (@HMDdevices) February 27, 2024

HMD juga mengesahkan telefon ini akan dilancarkan pada bulan Julai. Dalam hantaran di X, mereka memuat naik imej teaser menunjukkan kelibat telefon pintar yang bakal mereka perkenal. Ia diletakkan separa di dalam poket, dan boleh dilihat rekaannya berbentuk kotak serta terdapat logo HMD di tengah-tengah panel belakang telefon.



Ini sekali gus membuktikan ia bahawa telefon HMD dan bukannya Nokia. Selain daripada itu, tidak banyak benda yang didedahkan menerusi hantaran ini. Tetapi apa yang pasti adalah, HMD akan menekankan aspek telefon yang boleh diperbaiki sendiri pengguna untuk telefon terbaru ini.

Very soon! 👀 😎

— HMD (@HMDdevices) February 27, 2024

Walau bagaimanapun, tiada maklumat berkenaan spesifikasi yang didedahkan oleh HMD setakat ini. Berapa modul kamera yang digunakan juga tidak dapat dilihat dalam imej yang dimuat naik. Tetapi, spesifikasinya mungkin akan didedahkan dalam masa terdekat kerana HMD membalas komen terhadap pengguna X yang menanyakan tentang spesifikasi telefon itu dengan menyatakan ‘Very soon!”.



Jadi, untuk maklumat lanjut, nantikan lebih banyak butiran yang akan timbul berkenaan telefon jenama HMD ini pada masa akan datang.

Bacaan berkaitan

  • HMD dilapor hasilkan jenama telefon sendiri, adakah ini bermakna tamatnya riwayat Nokia?
  • Nokia akan wujudkan rangkaian 4G LTE di atas bulan
  • Nokia tukar logo baru, tetapi kenapa telefon baru Nokia guna logo lama?
Tags: hmdhmd globalmwc 2024Nokiatelefon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Telefon Android jenama HMD dilancar Julai ini

Telefon Android jenama HMD dilancar Julai ini

29 February 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER