• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Docs kini lebih fleksibel, boleh lukis & guna pen stailus

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:38 pm
  • 01/03/2024
  • Komen
Fail PDF tampil kemas dalam ciri baharu Google Docs
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan beberapa ciri baharu yang boleh digunakan dalam Google Docs. Ia membolehkan ulasan dan komen diberikan dengan lebih fleksibel.

Dengan cara penandaan baharu, anda boleh tambah catatan atau ulasan tulisan tangan pada dokumen menggunakan pen stailus atau jari pada gambar rajah, carta, esei, pelan pembinaan dan sebagainya.



Ulasan atau komen pada dokumen boleh dilakukan dengan cara masuk ke mod penandaan dengan klik ikon pen. Kemudian anda boleh:

  • Pilih untuk gunakan alat seperti pen atau highlighter 
  • Tulis ulasan atau lukis
  • Padam ulasan 
  • Tunjuk atau sembunyikan ulasan

Pun begitu, sebarang ulasan atau catatan menggunakan pen stailus atau jari hanya boleh dibuat menerusi peranti Android sahaja.



Jika anda menggunakan peranti iOS atau komputer, anda hanya boleh:

  • Memaparkan dokumen dengan ulasan
  • Memadamkan ulasan
  • Tunjuk atau sembunyikan ulasan
240301 Google Docs Pen Stailus Lukis

Cara lukis & guna pen stailus di Google Docs

Untuk mengaktifkan fungsi penandaan ini, anda perlu:

  1. Buka dokumen.
  2. Pilih ikon pen dari bar konteks.
  3. Tulis atau lukis ulasan dengan jari atau pen stailus.

Fungsi tersebut boleh mula digunakan bermula 27 Februari 2024 untuk semua pelanggan Google Workspace dan Google Workspace Individual serta pengguna akaun peribadi Google.

Jika anda masih tidak dapat melihat ikon pen tersebut, harap bersabar. Ini kerana ia boleh memakan masa sehingga 15 hari sebelum ikon tersebut muncul dan boleh digunakan. Saya sendiri masih belum dapat menggunakan ciri tersebut di Google Docs walaupun mencubanya menerusi peranti Android dan iOS, jadi bersama-samalah kita tunggu ketibaannya.

[Sumber: Google Blog]

Bacaan berkaitan:

  • Google hentikan servis jana imej Gemini AI kerana terlalu “woke”?
  • Google Bard kini Gemini, pengguna iOS boleh manfaatkan AI ini tak lama lagi
  • Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma
Tags: androidGoogleGoogle DocsiOSlukispen stailus
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Fail PDF tampil kemas dalam ciri baharu Google Docs

Google Docs kini lebih fleksibel, boleh lukis & guna pen stailus

1 March 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN