• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna Photomath, kerja sekolah matematik anak anda bisa beres

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 8:20 am
  • 03/03/2024
  • Komen
240303 Google Play Store Photomath
Share on FacebookShare on Twitter

Google secara rasmi mengumumkan mengambil alih aplikasi penyelesaian matematik, Photomath. Perjanjian untuk aplikasi tersebut telah pun diperoleh sejak May 2022, tetapi baru kini ia disenaraikan di gedung penerbitan Google  Play Store.

Photomath membolehkan anda mengambil gambar soalan matematik termasuk dalam perkataan, bagi mendapatkan jawapan penyelesaian langkah demi langkah. Ia meliputi matematik untuk semua peringkat termasuk algebra, geometri, dan kalkulus.



Google Photomath, penyelamat buat ibu bapa

Anda yang ingin mencuba aplikasi Photomath, boleh memuat turun menerusi Google Play Store untuk Android. Jangan risau, aplikasi tersebut juga ada di Apple App Store, jadi yang guna peranti iOS turut boleh memuat turunnya. 

Cara gunakan Google Photomath



  1. Muat turun aplikasi Photomath.
  2. Buka aplikasi dan arahkan kamera peranti ke soalan matematik.
  3. Pastikan soalan tersebut berada dalam bingkai kamera yang tersedia.
  4. Klik ikon merah pada bahagian bawah.
  5. Dalam sekelip mata, anda akan mendapat jawapannya. Jika anda ingin menyemak kaedah penyelesaiannya, klik ‘Show Solving Steps’.
240303 Google Play Store Photomath
240303 Google Play Store Photomath

Hanya dengan menghalakan kamera telefon kepada soalan matematik, sama ada dicetak, bertulis tangan atau di skrin komputer, AI Photomath akan dapat membantu. Selepas beberapa saat, jawapan akan muncul pada skrin bersama penjelasan terperinci tentang kaedah untuk mendapatkan jawapan penyelesaiannya.

240303 Google Play Store Photomath

Saya sendiri dah mencuba aplikasi Photomath tersebut. Memang mudah digunakan dan pantas sekali jawapan diberikan. Sesuai sangatlah untuk pelajar dan juga ibu bapa – boleh bantu anak menyelesaikan tugasan kerja rumah matematik. Tapi walaupun ia mengatakan boleh menyelesaikan soalan matematik dalam perkataan, namun setakat percubaan saya, ia hanya boleh menyelesaikan soalan matematik dalam bahasa English sahaja.

Untuk mendapatkan ciri tambahan seperti akses kepada penyelesaian buku teks, tutorial animasi dan penjelasan lebih terperinci, anda boleh melanggan Photomath Plus pada harga RM40.99 sebulan, RM224.99 untuk enam bulan atau RM249.99 setahun.

[Sumber: 9to5Google]

Bacaan berkaitan:

  • Google Docs kini lebih fleksibel, boleh lukis & guna pen stailus
  • Google hentikan servis jana imej Gemini AI kerana terlalu “woke”?
  • Google Bard kini Gemini, pengguna iOS boleh manfaatkan AI ini tak lama lagi
Tags: GoogleGoogle Photomathgoogle play storeKerja sekolah matematiksoalan matematik
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240303 Google Play Store Photomath

Guna Photomath, kerja sekolah matematik anak anda bisa beres

3 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER