• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan Unifi TV akan terkesan dengan kenaikan harga Disney+ Hotstar

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:31 pm
  • 26/03/2024
  • Komen
Pelanggan Unifi TV akan terkesan dengan kenaikan harga Disney+ Hotstar
Share on FacebookShare on Twitter

Disney+ Hotstar baru-baru ini telah mengumumkan peningkatan harga langganan servis penstriman mereka bermula 24 April nanti, di samping memperkenalkan empat pelan baharu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana pula nasib pelanggan yang melanggan Disney Hotstar menerusi Unifi TV akan turut terkesan dengan kenaikan ini?

Untuk menjawab persoalan, jawapannya adalah ya. Ini kerana, Unifi TV telah mengesahkan langkah Disney+ Hotstar menaikkan harga langganannya bakal memberi kesan kepada pelanggan Unifi TV. Bagaimanapun, Unifi memaklumkan lebih banyak maklumat akan diumumkan pada 8 April kerana pihak mereka sedang memperhalusi butiran dan juga keputusan yang bakal dibuat.



Berikut adalah kenyataan penuh oleh Unifi TV yang telah diterjemah:

Bermula 24 April 2024, akan terdapat perubahan dalam kadar pelan langganan untuk aplikasi penstriman Disney+ Hotstar seperti yang diumumkan oleh Disney+ Hotstar. Pelanggan Unifi TV terpilih dengan langganan Disney+ Hotstar juga akan terkesan dengan kadar baharu.

Kami sedang memuktamadkan semua butiran dan akan mengumumkan lebih banyak maklumat di saluran rasmi kami mulai 8 April 2024.

Harga langganan Disney Hotstar+ di Unifi TV

Disney Hotstar+ Malaysia boleh didapatkan sebagai sebahagian daripada langganan pek Unifi TV terpilih tanpa sebarang pertambahan kos. Pelanggan sedia ada turut boleh melanggan Disney+ Hotstar sebagai pek tambahan Unifi TV atau secara ala carte (Disney+ Hotstar sahaja).



Berikut adalah harga untuk anda mendapatkan Disney+ Hotstar menerusi Unifi TV:

  • Ultimate Max: RM134.90/bulan
  • Ultimate Plus: RM99.90/bulan
  • Movies Pack: RM69.90/bulan
  • Kids Pack: RM46.90/bulan
  • Unifi TV Pack add-on: RM16/bulan
  • A la carte: RM54.90/3-bulan

Sebagai perbandingan, ini pula adalah struktur harga baharu Disney+ Hotstar Malaysia bersama empat pelan baharu yang ditawarkan bermula 24 April:

  • Disney+ Hotstar Basic Monthly: RM24.90
  • Disney+ Hotstar Basic Annually: RM214.90
  • Disney+ Hotstar Premium Monthly: RM39.90
  • Disney+ Hotstar Premium Quarterly: RM79.90
  • Disney+ Hotstar Premium Annually: RM289.90

Melihat pada harga pelan terbaru ini, anda boleh lihat kenaikan harga sebanyak RM25 di antara pelan langganan 3 bulan sedia ada dan pelan terbaru Premium suku tahunan. Oleh itu, anda boleh jangkakan peningkatan yang ketara pada harga langganan Disney+ Hotstar melalui Unifi TV. Bagaimanapun, untuk ketahui lanjut, nantikan pengumuman oleh Unifi TV pada 8 April nanti.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Disney+ Hotstar naik harga dan 4 pelan baharu diperkenal
  • Astro tawar siaran percuma 6 saluran terpilih sempena tahun baru
  • Astro tambah lima saluran percuma untuk pelanggan Sooka & NJOI
Tags: Disneydisney hotstarTMUnifiunifi malaysiaunifi TV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Pelanggan Unifi TV akan terkesan dengan kenaikan harga Disney+ Hotstar

Pelanggan Unifi TV akan terkesan dengan kenaikan harga Disney+ Hotstar

26 March 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN