• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Raikan Xiaomi Fan Festival bersama edisi terhad Redmi Note 13 Pro+ 5G

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:03 am
  • 04/04/2024
  • Komen
240404 Xiaomi Fan Festival
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat Xiaomi Malaysia, Xiaomi Fan Festival kembali lagi tahun ini. Ia akan diadakan pada 6 April sempena ulang tahun penubuhan Xiaomi. Bagi meraikan sambutan tersebut, pelbagai aktiviti dan promosi menarik disediakan sepanjang bulan ini khusus buat anda.

Paling menarik mengenai Xiaomi Fan Festival—dahulunya dikenali sebagai Mi Fan Festival—adalah telefon pintar edisi khas sempena acara tersebut. Tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan ahli baharu dalam siri Redmi Note 13, iaitu Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival Special Edition.



Versi eksklusif Redmi Note 13 Pro+ 5G itu tampil dengan kemasan belakang Mystic Silver yang baharu, lengkap dengan logo Xiaomi Fan Festival pada bahagian belakang. Logo tersebut terletak di atas lapisan perak yang dilitupi kaca untuk menghasilkan kesan refraktif, membuatkan logo tersebut bersinar apabila dilihat dari pelbagai sudut. Telefon pintar edisi terhad itu juga didatangkan dengan kertas dinding eksklusif untuk disesuaikan dengan rekaan metalik, bersama set pelekat bertemakan Xiaomi Fan Festival.

Bagi yang berminat, anda kena cepat. Sebab Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival Special Edition yang ditawarkan dalam konfigurasi RAM 12GB bersama storan 512GB itu hanya tersedia untuk 1000 unit sahaja. 



Dengan tanda harga RM1,999, telefon pintar edisi terhad itu boleh dibeli bermula 4 April melalui kedai rasmi Xiaomi di seluruh negara dan gedung rasmi di Lazada atau Shopee. Setiap pembelian akan menerima fon putik Redmi Buds 4 Active dan berpeluang membeli Xiaomi Smart Band 8 pada harga RM109.

Promosi sempena Xiaomi Fan Festival

Anda boleh dapatkan tawaran istimewa untuk Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G. Setiap pembelian telefon pintar ini yang dibuat sehingga 15 April, menerusi gedung rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee akan disertakan sepasang fon putik Redmi Buds 4 Active secara percuma.

Mulai 11 April, peminat Xiaomi di Malaysia boleh membeli produk Xiaomi terus dari laman web rasmi mi.com. Untuk meraikan pelancaran tersebut, diadakan promosi kilat harian dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan 8 malam hingga 10 malam, pada 11 hingga 18 April nanti. 

Pelanggan baharu akan menerima baucar bernilai sehingga RM190, penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM30 dan kupon diskaun 10% untuk pembelian seterusnya. Pastikan anda terus mengunjungi media sosial Xiaomi Malaysia untuk tawaran dan promosi menarik lain.

Spesifikasi Penuh Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival Special Edition

  • SoC Mediatek Dimensity 7200-Ultra
  • RAM LPDDR5x 8GB/12GB
  • Storan UFS 3.1 256GB/512GB
  • Skrin CrystalRes AMOLED 6.67-inci (1-120Hz) 1,800 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 200MP f/1.65 OIS
    • Makro 2MP f/2.4
    • Ultralebar 8MP f/2.2
  • Kamera hadapan: 16MP f/2.4
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecas pantas USB-C 120W HyperCharge
  • Sistem operasi MIUI 14
  • Rangkaian: 5G, LTE, Wi-Fi 6, Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP68
  • Harga RM1,999

Spesifikasi Penuh Redmi Note 13 Pro 5G

  • SoC Snapdragon® 7s Gen 2
  • RAM LPDDR4x 8GB
  • Storan UFS 2.2 256GB
  • Skrin AMOLED 6.67-inci (1-120Hz) 1,800 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 200MP f/1.65 OIS
    • Makro 2MP f/2.4
    • Ultralebar 8MP f/2.2
  • Kamera hadapan: 16MP f/2.4
  • Bateri 5,100mAh
  • Pengecas pantas USB-C 67W 
  • Sistem operasi MIUI 14
  • Rangkaian: 5G, LTE, Wi-Fi 5, Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP54
  • Harga RM1,399

Spesifikasi Penuh Redmi Note 13 5G

  • SoC MediaTek Dimensity 6080
  • RAM LPDDR4x 8GB
  • Storan UFS 2.2 256GB
  • Skrin FHD+ AMOLED 6.67-inci (1-120Hz) 1,000 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 108MP f/1.7
    • Makro 2MP f/2.4
    • Ultralebar 8MP f/2.2
  • Kamera hadapan: 16MP f/2.4
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecas pantas USB-C 33W
  • Sistem operasi MIUI 14
  • Rangkaian: 5G, LTE, Wi-Fi 5 , Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP54
  • Harga RM1,099

Spesifikasi Penuh Redmi Note 13

  • SoC Snapdragon® 685
  • RAM LPDDR4x 6GB/8GB
  • Storan UFS 2.2 256GB/512GB
  • Skrin AMOLED 6.67-inci (1-120Hz) 1,800 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 108MP f/1.75 
    • Makro 2MP
    • Ultralebar 8MP f/2.2
  • Kamera hadapan: 16MP f/2.4
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecas pantas USB-C 33W 
  • Sistem operasi MIUI 14
  • Rangkaian: 4G, LTE, Wi-Fi 5, Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP68
  • Harga bermula RM749

Bacaan berkaitan:

  • Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429
  • Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra
  • Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar
Tags: redmi note 13redmi note 13 5gredmi note 13 pro 5gRedmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival Special EditionxiaomiXiaomi Fan Festival Special Edition
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240404 Xiaomi Fan Festival

Raikan Xiaomi Fan Festival bersama edisi terhad Redmi Note 13 Pro+ 5G

4 April 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN