• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Adakah Acer bakal lancarkan pesaing kepada konsol ROG Ally? Ini jawapan mereka

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:28 pm
  • 10/06/2024
  • Komen
Adakah Acer bakal lancarkan pesaing kepada konsol ROG Ally? Ini jawapan mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang, kita dapat lihat semakin banyak syarikat pengeluar menyertai pasaran konsol permainan mudah alih dengan pelancaran produk seperti Asus ROG Ally, Lenovo Legion Go, MSI Claw dan paling terkini adalah Zotac ZONE yang baru sahaja didedahkan sewaktu acara Computex 2024. Tambahan pula Asus dan MSI juga telah mengemas kini konsol permainan mudah alih mereka baru-baru ini dengan pengenalan ROG Ally X dan MSI Claw AI+.

Mungkin anda tertanya, bagaimana pula dengan Acer yang turut fokus pada peranti gaming di bawah jenama Predator mereka? Adakah mereka turut akan menyertai pasaran konsol permainan mudah alih tidak lama lagi? Kami berpeluang untuk berjumpa dan menemu ramah pihak Acer sendiri di ibu pejabat mereka bertempat di Taiwan untuk bertanyakan berkenaan perkara tersebut.



Masih belum ada garis masa untuk konsol permainan mudah alih Acer

Dari kiri ke kanan: Jane Hsu, James K Lin, Jerry Kao, Wayne Ma

Menurut Ketua Pegawai Operasi Acer, Jerry Kao, peranti konsol permainan mudah alih sememangnya sesuatu perkara yang mereka perhatikan sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, setakat ini, mereka mengatakan bahawa masih belum mempunyai garis masa berkenaan bila mereka akan lancarkan peranti konsol permainan mudah alih mereka.

Ini kerana, pihak mereka perlu memastikan ianya betul daripada segi keserasian UI, model penggunaan dan harga yang dikenakan untuk bersaing rapat dengan pengeluar yang lain. Kao menyatakan itu adalah elemen yang perlu mereka memperhalusi terlebih dahulu dan jika dapat, mereka akan lancarkannya.



Tiga perkara membezakan laptop Copilot+ Acer

Seterusnya, AI juga merupakan perkara yang Acer pentingkan untuk produk mereka tahun ini dengan pengenalan laptop Copilot+ seperti Swift 14 AI. Dan ketika ditanyakan bagaimana Acer mahu membezakannya produk Copilot+ mereka dengan laptop Copilot+ lain yang ada di pasaran, Kao memaklumkan tedapat tiga perkara membuatkan laptop Copilot+ mereka berbeza.

Acer Swift 14 AI

Yang pertama, mereka memudahkan pengguna untuk mengakses dan menggunakan segala fungsi AI di dalam satu aplikasi Acer Sense. Kedua, mereka menerapkan penggunaan logo AI unik di papan kekunci yang boleh berlampu atau berkelip-kelip pada laptop Copilot+ mereka untuk memberitahu pengguna bahawa laptop sedang menjalankan tugas AI ataupun memproses NPU. Ketiga adalah Acer melengkapkan laptop AI mereka dengan perisian untuk memaparkan kandungan 2D kepada 3D dengan teknologi SpatiaLlabs.

Kenapa peranti SpatialLabs mahal?

SpatialLabs Eyes

Selain itu, Acer turut mengulas lebih lanjut mengenai teknologi SpatialLabs mereka. Buat masa ini, peranti SpatialLabs dilihat masih lagi terhad dan dijual dengan harga agak tinggi walaupun ditujukan pada pengguna umum terutamanya SpatialLabs Eyes bagi pencipta kandungan. Jadi, apabila ditanya adakah mereka bakal memperkenalkan produk SpatialLabs yang lebih mampu milik, Jane Hsu, Ketua Perniagaan, Produk Pengkomputeran Spatial Acer memaklumkan yang harga peranti SpatialLabs akan turun seiring dengan masa.

Buat masa sekarang, Hsu mengatakan teknologi SpatialLabs masih sangat canggih dan ia memerlukan kuasa rendering tinggi serta menggunakan resolusi 4K, antara yang menjadi sebab harganya tinggi. Hsu turut menambah, buat masa sekarang mereka mahu menghasilkan teknologi paling unggul yang mampu berikan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Andrew Hou

Dalam masa yang sama, Acer turut menyentuh sama ada mereka bakal mengintegrasi kesemua produk mereka dengan teknologi AIoT setelah ditanya pihak media yang hadir. Andrew Hou, Presiden, Operasi Pan-Asia Pasifik Acer terus terang berkata, teknologi AIoT masih belum ada untuk produk Acer. Ini adalah kerana, Hou mengatakan mereka ingin memastikan teknologi AIoT itu boleh disokong peranti mereka dan boleh disambung sesama sendiri, serta akan sering melihat perkembangan teknologi tersebut.

[Sumber gambar]

Bacaan berkaitan

  • Acer perkenal tiga monitor gaming Predator OLED 4K serta kadar penyegaran 480Hz
  • Acer Swift 14 AI: Laptop AI berkuasa Snapdragon X Elite dengan paparan sentuh 120Hz
  • Acer Nitro V 16: Laptop gaming bawah RM5,000 diperkasa Ryzen 7 8845HS dan RTX 4050
Tags: Acercopilot+ pcSpatialLabs EyesSwift 14 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Adakah Acer bakal lancarkan pesaing kepada konsol ROG Ally? Ini jawapan mereka

Adakah Acer bakal lancarkan pesaing kepada konsol ROG Ally? Ini jawapan mereka

10 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER