Baru nak berjinak dalam dunia larian atau mendaki gunung atau berjalan dalam denai di hutan? Salah satu perkara penting adalah menjejak lokasi supaya tidak sesat. Penggunaan jam pintar dengan GPS terbina di dalam sangat membantu untuk aktiviti sebegini.
Dengan adanya GPS, anda boleh memantau prestasi larian, memeriksa semula laluan semasa mendaki, atau mencari jalan pulang di dalam hutan. Sebagai permulaan, anda boleh memiliki jam pintar yang murah tetapi dilengkapi GPS. Di sini kami kongsikan jam pintar GPS yang mampu milik dan boleh dibeli di Malaysia.
1. Xiaomi Smart Band 8 Pro (RM289)
Paling murah yang kami cadangkan adalah Xiaomi Smart Band 8 Pro. Nama saja band atau gelang, tetapi ia memiliki skrin besar seperti jam pintar biasa. Skrinnya jenis OLED 60Hz seluas 1.74-inci, dengan kecerahan setinggi 600 nits. Ia ada kaca Corning Gorilla Glass 3 untuk melindungi skrin dari calar.
Sehingga 150 mod sukan boleh dijejak, termasuk menjejak lokasi melalui sokongan 5 jenis satelit GNSS. Ia juga boleh memantau stress, oksigen dalam darah dan juga waktu tidur, di samping tempoh haid untuk wanita. Hayat baterinya sehingga 14 hari penggunaan biasa.
Dapatkan Xiaomi Smart Band 8 Pro di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman produk di sini.
2. Amazfit Bip 5 (RM329)
Kalau minat dengan skrin besar, Amazfit Bip 5 ni ada skrin 1.91-inci tapi jenis LCD. Ia juga boleh menjawab panggilan terus di jam, melalui mikrofon dan speaker terbina padanya.
Untuk kecergasan, sistem operasi Zepp OS yang digunakan memberi banyak maklumat berguna termasuk jurulatih maya. Malah, ada pembantu maya Alexa untuk bersoal jawab melalui suara. Tenaga baterinya membolehkan penggunaan biasa sehingga 10 hari.
Dapatkan Amazfit Bip 5 di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman produk di sini.
3. CMF Watch Pro 2 (RM339)
Rekaan bulat menjadikan CMF Watch Pro 2 kelihatan seperti jam biasa. Ia dilengkapi skrin bulat 1.32-inci dengan kecerahan mencecah 620 nits. Uniknya jam ini adalah bingkainya boleh dicabut dan ditukar.
CMF Watch Pro 2 boleh memantau lebih 120 aktiviti dan mampu mengesan 5 aktiviti kecergasan secara automatik. Ia ada hayat bateri sehingga 11 hari untuk penggunaan biasa dan penggunaan GPS berterusan sehingga 25 jam. Pengguna turut boleh membuat panggilan di jam, dengan mikrofon dan speaker terbina di dalamnya. Untuk harga ini, ia memiliki banyak fungsi canggih.
Dapatkan CMF Watch Pro 2 di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman produk di sini.
4. Huawei Watch Fit SE (RM349)
Ini satu lagi gelang pintar dengan fungsi seakan jam pintar, salah satunya GPS terbina di dalam. Huawei Watch Fit SE dilengkapi skrin AMOLED 1.64-inci berbentuk empat segi tepat. Ia kalis air 5ATM, membolehkan ia digunakan di dalam air.
Jam ini menyokong lebih 100 mod sukan, termasuk sukan menggunakan raket dan berkaitan salji serta e-Sports. Hayat bateri tidak sepanjang yang lain, sehingga 6 hari penggunaan biasa. Tetapi ia boleh mengecas pantas. Cas 5 minit untuk penggunaan sehari, dan 45 minit untuk cas penuh.
Dapatkan Huawei Watch Fit SE di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman produk di sini.
5. Black Shark GS3 (RM439)
Peminat G-shock atau yang mahu jam pintar tahan lasak, pasti menyukai Black Shark GS3. Skrinnya berbentuk bulat 1.43-inci jenis AMOLED secerah 600nits. Ia diiktiraf tahan lasak standard tentera MIL-STD 810, gabungan kaca Corning Gorilla Glass dan bingkai gentian kaca. Kalis air pula di tahap 5ATM dan IP69K.
Hayat bateri juga sangat panjang, sehingga 21 hari penggunaan biasa. Terdapat juga mikrofon dan speaker, untuk menjawab panggilan di jam. Tambah menarik, terdapat dua tali jam diberikan, jenis silikon dan kain tenunan.
Dapatkan Black Shark GS3 di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman produk di sini.
Ada banyak pilihan untuk anda dapatkan jam pintar yang memiliki GPS terbina di dalamnya. Pastinya ia dapat memberi lebih motivasi untuk anda mengamalkan hidup yang lebih sihat.
Ia boleh dibeli tak sampai RM300, seperti Xiaomi Smart Band 8 Pro. CMF Watch Pro 2 pula menawarkan fungsi yang banyak pada harga lebih murah. Kalau nak jam kecil dan ringan, Huawei Watch Fit SE calon yang sesuai. Walaupun Amazfit Bip 8 hanya ada skrin LCD, fungsi kecergasannya paling pelbagai. Untuk Black Shark GS3, tak syak lagi ia adalah jam pintar paling tahan lasak dan bateri tahan lama. Pasti tak ada masalah mendaki gunung dengannnya.
Jika ada persoalan dan kemusykilan, boleh ajukan di ruangan komen.
Bacaan Berkaitan
- 5 Terbaik: Jam pintar mirip Apple Watch dan serasi peranti Android
- 5 Terbaik: Jam pintar ada NFC boleh bayar guna Apple Pay, Samsung Pay & Google Pay
- 5 Terbaik: Jam pintar bawah RM500, skrin AMOLED lebih cerah dan boleh buat panggilan di jam (2024)
- 5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)