• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp uji ciri nama pengguna pada versi web, alternatif kepada nombor telefon

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:25 pm
  • 29/05/2025
  • Komen
240102 WhatsApp carian nama pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp baru sahaja memperkenalkan aplikasi khusus untuk iPad. Kini, kelihatan mereka sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan ciri baharu, yang bakal membolehkan pengguna untuk menggunakan nama pengguna atau username sebagai alternatif kepada nombor telefon, khususnya pada versi WhatsApp web.

Ciri ini dikesan oleh WABetaInfo, dan dikatakan bertujuan untuk meningkatkan privasi dan tahap keselamatan akaun pengguna. Melalui ciri ini, pengguna boleh mencipta username unik yang boleh digunakan sebagai identiti pada platform, membenarkan akaun dicari menggunakan username berbanding nombor telefon.



Ini amat berguna terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali, kerana ia mengurangkan pendedahan nombor telefon dan mengelakkan risiko spam, penipuan, atau gangguan yang tidak diingini.

Ketersediaan username disemak secara masa nyata

Berdasarkan imej tangkap layar yang dikongsikan, pengguna akan boleh menetapkan nama pilihan mereka di ruangan khas di halaman profil, dengan ketersediaan nama disemak secara masa nyata. Apabila pengguna menaip nama pilihan, sistem akan menunjukkan sama ada nama tersebut masih tersedia dengan tanda hijau, atau tidak tersedia dengan amaran merah.



Secara asasnya, ia membantu untuk mengelakkan daripada penggunaan username yang sama. Selepas username disahkan dan dipilih, ia akan menggantikan nombor telefon ketika berinteraksi dengan orang baru yang tidak dikenali. Nombor telefon juga tidak akan didedahkan secara automatik, melainkan anda sendiri yang memilih untuk berkongsinya.

Namun begitu, individu yang sudah menyimpan nombor anda masih boleh menghubungi anda seperti biasa tanpa perlu menggunakan usernam. Oleh yang diemikian, ciri ini lebih tertumpu kepada interaksi baru untuk memberi lapisan keselamatan tambahan.

Ciri ini dijangka akan diperkenalkan pada kemas kini beta WhatsApp Web dalam masa terdekat, walaupun tarikh rasmi pelancaran masih belum diumumkan. Terdahulu, ciri ini juga telah dikesan sedang dibangunkan untuk versi aplikasi pada tahun 2023, tetapi masih belum diperkenal secara rasmi sehingga kini.

[Sumber: WABetaInfo]

Tags: whatsappwhatsapp web
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
240102 WhatsApp carian nama pengguna

WhatsApp uji ciri nama pengguna pada versi web, alternatif kepada nombor telefon

29 May 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER