• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Wiko View 2 Plus Miliki Rupa Premium Dalam Pakej Bajet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 23/01/2019
  • Komen
Wiko View 2 Plus Miliki Rupa Premium Dalam Pakej Bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Sabri Zainuddin kerana telah memenangi sebuah Wiko View 2 Plus dalam kempen giveaway pertama kami untuk tahun 2019.

Wiko View 2 Plus

Sekitar Ogos 2018, Wiko melancarkan beberapa model telefon di temasya IFA 2018. Salah satunya ialah Wiko View 2 Plus. Pada harga RM599, telefon ini perlu berada dalam pertimbangan anda sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon dalam julat harga RM500 hingga RM600.



Bukan saja harganya, malah spesifikasi telefon ini juga kompetitif dan masih releven dalam tahun 2019.

Daripada sudut fizikaliti, Wiko View 2 Plus memiliki rupa belakang seperti sebuah Huawei P20 Pro lebih-lebih lagi dengan warna Twilight. Kemasan berkilat belakangnya memberikan telefon ini nampak unik sungguhpun ia menggunakan materi plastik sebagai kemasannya.



Mujurlah casing yang disertakan bersama telefon ini adalah daripada jenis lutsinar, kalau tak, kecantikan Twilight pastinya hilang.

Bahagian muka View 2 Plus menampilkan paparan berlekuk. Saiz paparan telefon ini adalah 5.93″ dengan resolusi HD+.

Masih mengekalkan kaca mata “kelas pertengahan”, View 2 Plus memiliki spesifikasi teknikal yang baik. Snapdragon 450 digunakan sebagi CPU telefon ini. Untuk jenama Wiko, ia adalah satu penambahbaikkan yang di amat dialu-alukan.

Menemani CPU itu adalah RAM 3GB dan juga storan 32GB. Sekiranya ia tak cukup luas, anda boleh memasukkan kad mikro-SD sehingga 256GB untuk memenuhi keperluan selfie anda.

Pada bahagian pengimejan, View 2 Plus menggunakan spesifikasi dwikamera belakang. Kamera utamanya miliki sensor 12MP manakala kamera sekundernya ada sensor 5MP. Semua swafoto dilakukan menggunakan kamera 8MP.

Bateri juga adalah sesuatu yang boleh dibanggakan pada telefon ini. Ia dibekalkan bateri 4,000mAh yang tentunya boleh berikan waktu berkhidmat melebihi sehari. Ia dicaj melalui port mikro-USB yang terletak di bahagian bawah.

Tetapi jika anda memiliki bajet lebih sedikit, anda boleh mendapatkan Wiko View2 Plus berharga RM559 secara eksklusif dari SoyaCincau.com. Pembelian ini akan disertakan hadiah percuma berupa fon kepala WiShake bernilai RM119, serta waranti penggantian 1-ke-1. Tawaran ini hanya untuk pembaca SoyaCincau di Malaysia sahaja dan tempahan boleh dibuat di sini.

Spesifikasi Wiko Vew 2 Plus

Attention: The internal data of table “145” is corrupted!
Tags: WikoWiko View 2 Plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Wiko View 2 Plus Miliki Rupa Premium Dalam Pakej Bajet

Wiko View 2 Plus Miliki Rupa Premium Dalam Pakej Bajet

23 January 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER