• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meizu Zero telefon wayarles sifar lubang

  • OLEH Najib
  • 10:08 am
  • 29/01/2019
  • Komen
Meizu Zero telefon wayarles sifar lubang
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam kami melaporkan tentang Vivo Apex 2019, telefon yang tidak memiliki butang dan sebarang lubang port. Tetapi sehari sebelumnya, Meizu telah terlebih dahulu memperkenalkan Meizu Zero, telefon tanpa lubang pertama di dunia.

Meizu Zero juga tidak memiliki sebarang butang fizikal, tiada jeriji speaker dan tiada port USB untuk mengecas. Butang kuasa dan bunyi di sisi, mempergunakan butang kapasitif untuk berfungsi.



Bagi menghasilkan bunyi, Meizu Zero menggunakan transducer piezoelectric yang terletak di bawah skrin, bagi mengeluarkan bunyi dari paparan. Tidak perlu jeriji speaker khas.

Berbeza dengan Vivo Apex 2019 yang memiliki sambungan magnetik, Meizu Zero menggunakan pengecas wayarles untuk menambah kuasa bateri. Untuk ini, Meizu mencipta pengecas wayarles pantas 18W. Penghantaran data pula hanya boleh dibuat menerusi WiFi atau Bluetooth.



Menambah keunikannya ialah ketiadaan slot SIM. Meizu Zero hanya menggunakan eSIM untuk mengaktifkan rangkaian. Ia juga kalis air dengan pengiktirafan IP68.

Skrin Meizu Zero berukuran 5.99-inci dari jenis AMOLED, dan ia memiliki pengimbas capjari di dalam skrin. Tiada takuk di skrin menjadikan bingkainya agak tebal di dahi dan dagu skrin.

Kamera di belakang menggunakan lensa 20MP+12MP, manakala kamera hadapan 20MP.

Kuasa dalaman Meizu Zero digerakkan oleh cip Snapdragon 845, sedikit ketinggalan memandangkan cip Snapdragon 855 akan mula digunakan tahun ini. Tiada info tentang RAM, storan dan kapasiti baterinya diberikan.

Badan Meizu Zero diperbuat dari seramik unibodi. Ia akan datang dalam dua warna, hitam dan putih.

Meizu mungkin akan mempamerkan telefon pintar ini di pameran MWC 2019 di Barcelona bulan hadapan. Harapnya kita akan mendapat lebih maklumat di sana nanti.

https://youtu.be/j-kM8FohVy0

[Sumber: GSMarena, Meizu]

Tags: meizumeizu zero
Najib

Najib

POPULAR

Meizu Zero telefon wayarles sifar lubang

Meizu Zero telefon wayarles sifar lubang

29 January 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN