• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari

  • OLEH Najib
  • 10:17 am
  • 31/01/2019
  • Komen
Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Plaza tol di seluruh Malaysia telah melaksanakan sistem nirtunai sejak Ogos 2017. Langkah ini akan dituruti oleh MRT apabila menyatakan akan melaksanakan sistem nirtunai di semua bas perantara MRT.

Tiada lagi wang tunai akan diterima di semua 57 laluan bas perantara MRT, dari stesen Sungai Buloh sehingga Depot MRT Kajang.



Bagaimanapun, kelonggaran membayar dengan wang tunai sehingga 28 Februari, diberikan buat pemegang kad konsesi sedia ada, seperti pelajar, warga emas dan OKU. Ini untuk memberi mereka masa memohon semula kad konsesi.

Data yang dimiliki Rapid Bus Sdn Bhd menunjukkan, sebanyak 49% pengguna bas perantara MRT tidak menggunakan tunai apabila menggunakan perkhidmatan tersebut. Mereka yakin peralihan 51% lagi pengguna ke bayaran nirtunai akan berjalan lancar.



Selepas ini, semua pengguna bas perantara MRT perlu memiliki kad Touch n Go sebelum menaiki bas. Kad ini boleh dibeli dari mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di semua stesen MRT, LRT, Monorel dan BRT.

Pengguna juga diingatkan untuk memilki baki minima RM3 di dalam kad Touch n Go sebelum menaiki bas. Mesin tambah nilai Touch n Go terdapat di kebanyakan stesen MRT.

Bagi pengguna yang kerap menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang, anda disyorkan untuk mendapatkan pas tanpa had My50 atau My100.

Pas My50 adalah pas berharga RM50 untuk 30 hari penggunaan tanpa had di perkhidmatan bas RapidKL sahaja, termasuk bas MRT tetapi tidak termasuk bas BRT.

Pas My100 berharga RM100 pula, boleh digunakan selama 30 hari tanpa had untuk penggunaan di semua servis tren dan bus RapidKL iaitu LRT, MRT, BRT, Monorel, dan bas RapidKL.

[Sumber: RapidKL]

Tags: MRTRapidKLTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari

Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari

31 January 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN