Sempena menyambut Hari Kebangsaan negara, Oppo lancar kempen Semangat Kebangsaan Bersama Oppo dengan pelbagai tawaran menarik.
Kempen yang diadakan Oppo ini berlangsung dari 17 Ogos sehingga 16 September 2026, pencinta gajet dari jenama terkenal ini dapat menikmati tawaran eksklusif dari Oppo.
Siri Oppo Reno 16 5G
Telefon pintar Oppo Reno 16 5G ini telah dilancarkan pada 8 Julai lepas, dengan rekaan bercirikan 3D Pop Planet yang unik membuatkan telefon pintar baharu ini mencuri perhatian pencinta Oppo.
Kelainan yang istimewa pada siri baru Oppo Reno 16 5G ini adalah AI Remix di mana pengguna dapat menjadikan rakaman video dan gambar dalam bentuk remix collage yang menarik. Selain itu, ia juga memiliki kamera depan 50MP Ultra Wide Selfie yang padu dan kamera utama 50MP Ultra-Clear yang lebih jelas. Oppo juga dikuasai ColorOS 16 yang lebih pintar dan dinamik.
Menjengah ke laman sesawang jenama ini, Oppo menawarkan rebat sehingga RM200 dan ansuran kad kredit serendah RM145 sebulan tanpa bayaran faedah selama 24 bulan untuk siri ini.
Manakala untuk Oppo Reno16 Pro 5G, telefon pintar ini juga memiliki rekaan 3D Pop Planet, AI Remix untuk gambar dan rakaman remix collage serta dikuasai ColorOS 16. Yang membeza sedikit adalah pada bahagian kamera utama yang lebih gempak dengan 200MP Ultra-Clear.
Untuk siri ini Oppo menawarkan bayaran ansuran kad kredit serendah dari RM154 sebulan tanpa faedah sehingga 24 bulan jika buat pembelian menerusi dalam talian di laman sesawang Oppo.

Berikut adalah pecahan terperinci promosi siri Oppo Reno 16 5G:
- Oppo Reno 16 5G RM3,499 (12GB + 512GB) – ansuran kad kredit tanpa faedah sehingga 24 bulan, potongan rebat RM200 dan diskaun pembelian dengan pembelian (PWP) sebanyak RM50 apabila beli jam tangan Oppo Watch S. Percuma sarung telefon magnetik siri Oppo Reno 16 x Pingu edisi terhad jika beli melalui kedai dalam talian Oppo.
- Oppo Reno 16 Pro 5G RM3,699 (12GB + 256GB) – ansuran kad kredit tanpa faedah sehingga 24 bulan, diskaun pembelian dengan pembelian (PWP) sebanyak RM50 apabila beli jam tangan Oppo Watch S. Percuma sarung telefon magnetik siri Oppo Reno 16 x Pingu edisi terhad jika beli melalui kedai dalam talian Oppo.
Promosi rebat sehingga RM300 untuk telefon pintar
Selain siri Oppo Reno 16 5G, ada banyak lagi tawaran lain yang menarik untuk diterokai. Antara promosi sempena kempen Semangat Kebangsaan Bersama Oppo ini adalah Oppo Find N6, Oppo Find X9 Ultra, Oppo Find X9s, Oppo Reno16 F 5G.
Semak promosi menarik Oppo untuk telefon pintar sepanjang kempen berjalan:
- Oppo Find N6 RM8,699 – percuma Oppo Find N6 Aramid Fiber Magnetic Case + Oppo Magnetic Power Bank Air 5000mAh
- Oppo Find X9 Ultra RM7,499 (16GB + 1TB) – percuma set hadiah Oppo Find X9 Ultra dan rebat RM300
- Oppo Find X9 Ultra RM6,499 (12GB + 512GB) – percuma set hadiah Oppo Find X9 Ultra dan rebat RM300
- Oppo Find X9s RM3,899 – percuma set hadiah Oppo Find X9s
- Oppo Reno 16 F 5G RM2,099 (8GB + 256GB) – dapat potongan rebat RM200
- Oppo Reno 16 F 5G RM1,799 (8GB +128GB) – dapat potongan rebat RM200
Dengan pembelian telefon pintar Oppo ini, anda juga akan mendapat diskaun potongan rebat sebanyak RM50 untuk produk pembelian dengan pembelian (PWP) jam tangan Oppo Watch S. Selain itu, Oppo turut menawarkan bayaran ansuran kad kredit tanpa faedah sehingga 24 bulan.

Tawaran gajet Oppo dengan harga yang gempak
Bagi yang mencari aksesori jenama Oppo pula, anda boleh nikmati diskaun pembelian sepanjang kempen berjalan dan semestinya harga yang ditawarkan cukup menarik. Ini antara promosi yang ditawarkan Oppo:
- Oppo Pad 5 RM2,199 (5G : 8GB + 256GB) – percuma papan kekunci pintar + pensil Oppo 2R
- Oppo Pad 5 RM2,099 (WiFi : 8GB + 256GB) – percuma papan kekunci pintar + pensil Oppo 2R
- Oppo Watch S RM699 (Silver Gleam) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife
- Oppo Watch S RM599 (Phantom Black / Air Silver) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife
- Oppo Watch X3 RM1,599 (Misty Titanium) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife dan potongan rebat RM100
- Oppo Watch X3 RM1,499 (Obsidian Black) – percuma tali jam tangan Oppo TechLife dan potongan rebat RM100
- Oppo Enco Clip2 RM699 – potongan rebat RM100
- Oppo Enco Air5s RM249 – potongan rebat RM50
- Oppo Enco Air5 RM199 – potongan rebat RM50
- Oppo Enco Buds3 RM99 – potongan rebat RM30

Untuk melihat lebih banyak promosi Oppo yang lain, layari laman sesawang Oppo dan kedai dalam talian di Shopee dan Lazada.






