• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Neo 5 Max 5G tampil dengan skrin besar 7.5″, bateri 7,000mAh, harga dari RM1,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:26 pm
  • 18/08/2026
  • Komen
Nubia Neo 5 Max 5G tampil dengan skrin besar 7.5″, bateri 7,000mAh, harga dari RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Nubia adalah nama yang tidak asing dalam segmen telefon gaming bajet. Terbaru ini, Nubia telah melancarkan satu lagi model, iaitu Nubia Neo 5 Max 5G. Ia menjadi model ketiga dalam barisan, selepas Neo 5 dan Neo 5 GT yang diumumkan pada April tahun ini.

Model baharu inimengekalkan rupa dan ciri gaming yang serupa, namun Nubia memposisikannya sebagai PadPhone sebenar 4-dalam-1, yang menggabungkan paparan besar yang imersif seakan tablet, kawalan gaming bertaraf konsol, serta keselesaan mata untuk sesi gaming yang lebih lama.



Harga dan ketersediaan

Bagi mereka yang berminat dengan Nubia Neo 5 Max 5G, ia sedia dibeli di Malaysia sekarang. Namun, hanya satu varian sahaja tersedia buat masa ini, 8GB+256GB pada harga RM1,399 manakala varian dengan storan lebih besar 512GB akan tiba sedikit lewat pada September 2026.

Seperti biasa, terdapat juga promosi pembelian awal yang disediakan. Dari 17 Ogos sehingga 16 September 2026, Nubia turut menawarkan diskaun bagi varian asas itu, membolehkan ia dibeli pada harga RM1,299. Pembeli turut akan menerima kipas penyejuk Nubia Cooler, sementara stok masih ada.



Jadi, sekiranya anda ingin membuat pembelian, anda boleh singgah ke stor rasmi Nubia di Lazada dan Shopee.

Sebagai alternatif, Nubia Neo 5 Max turut boleh didapatkan secara fizikal di beberapa lokasi termasuk IOI City Mall, IOI Mall Puchong, Lowyat Plaza, Plaza Merdeka Mall, serta pengedar sah DirectD dan SS Solution.

Nubia Neo 5 Max 5G ditawarkan dalam dua warna hitam dan perak. Terdapat juga warna tambahan emas bagi varian 8GB+512GB.

Spesifikasi Nubia Neo 5 Max 5G

Dari segi skrin, Nubia Neo 5 Max 5G hadir dengan panel IPS LCD 7.5″ beresolusi 1.5K, didakwa terbesar dalam segmennya. Skrin ini menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,000 nits, serta nisbah aspek 18.7:9. Menurut Nubia, skrin ini menawarkan peningkatan 27% kawasan paparan berbanding Neo 5 5G, sekali gus 40% bagi pengesanan sasaran yang lebih pantas.

Skrin ini turut menerima pensijilan SGS, menggabungkan teknologi True DC Dimming untuk mengelakkan kelipan skrin, serta pengurangan cahaya biru pada peringkat perkakasan. Menariknya, Nubia turut memposisikan telefon ini untuk pelbagai kegunaan selain gaming, menerusi beberapa mod.

Ini termasuk mod Mini-TV membolehkan telefon dijadikan skrin peribadi seperti tablet apabila diletakkan menggunakan sarung sebagai penyangga. Ada juga mod Reader untuk pengalaman membaca yang lebih selesa, selain mod Console dan mod Streaming untuk pengalaman gaming pada skrin yang lebih besar.

Telefon ini turut menyokong tetingkap terapung dan Split-Screen, jadi pengguna boleh bermain game sambil membuka aplikasi lain.

Kuasa telefon ini digerakkan oleh cip MediaTek Dimensity 7100 6nm dengan CPU 8 teras berkelajuan sehingga 2.4GHz. Ia hadir dengan RAM 8GB dan storan 256GB, manakala RAM boleh diperluaskan secara maya sehingga 20GB menggunakan ciri memory fusion. Storan pula menggunakan jenis UFS 2.2. Untuk gaming, nubia turut melengkapkannya dengan sistem 360° Game Antenna yang direka untuk membantu mengekalkan sambungan 5G walaupun telefon dipegang dalam posisi berbeza.

Seperti model Neo yang lain, Neo 5 Max turut mempunyai butang bahu untuk kawalan tambahan ketika bermain game. Kali ini, butang tersebut mempunyai kadar pensampelan 990Hz dengan kependaman perkakasan serendah 4.7ms.
Kawasan sentuhan butang juga 27% lebih besar, manakala jarak antara kedua-dua butang meningkat 21% berbanding Neo 5 5G.

Ia turut dilengkapi NeoTap Esports Touch Algorithm, yang direka untuk mengurangkan kependaman ketika melakukan tap dan sapuan, khususnya dalam permainan FPS. Walau bagaimanapun, ciri ini akan diberikan melalui kemas kini OTA akan datang.

Untuk sistem penyejukan, Nubia Neo 5 Max 5G dilengkapi dengan vapor chamber berkeluasan 30,000mm². Sistem ini menggunakan Dual-Layer Capillary Vapor Chamber bersama 3D Raised VC Panel. Nubia mendakwa sistem ini menawarkan peningkatan kecekapan terma sehingga 140%.

Dari segi bekalan kuasa, telefon ini dilengkapi bateri Super Dual-Cell berkapasiti 7,000mAh, menawarkan sehingga 13.4 jam gaming, 14.1 jam tontonan video, atau 56.4 jam panggilan 5G dalam satu pengecasan. Ia turut menyokong pengecasan pantas 45W (0 hingga 50% dalam masa 30.9 minit), ciri Bypass Charging untuk gaming tanpa haba semasa dipalamkan, serta pengecasan wayarles songsang 10W.

Untuk audio, telefon ini menggunakan pembesar suara Dual Real Symmetric dengan reka bentuk anti-halangan, didakwa 300% lebih kuat berbanding speaker biasa, disokong audio spatial Dolby Atmos. Turut disertakan motor linear paksi-Z yang memberikan getaran berdasarkan aksi dalam game, termasuk maklum balas seperti hentakan dan recoil.

Bercakap soal ciri pintar, Nubia turut menyertakan Demi AI Copilot 2.0 pembantu pintar dalam permainan yang merangkumi Gaming Coach masa nyata (menyokong MLBB, Free Fire, PUBG dan lain-lain), Gaming Chatbot 24/7 untuk jawapan segera berkaitan gameplay, serta Demi Auto-Chat untuk balasan pintar berasaskan konteks. Selain itu, terdapat juga AI Game Space 5.0 yang menawarkan pengoptimuman prestasi, macro trigger, notifikasi pintar, serta pemetaan semula butang.

Dari segi reka bentuk, Neo 5 Max 5G tampil dengan Eagle Eye RGB Design dengan lampu RGB dinamik pada bahagian belakang yang boleh bertindak balas terhadap aksi dalam permainan.

Tags: NubiaNubia Neo 5 MaxNubia Neo 5 Max 5GZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Nubia Neo 5 Max 5G tampil dengan skrin besar 7.5″, bateri 7,000mAh, harga dari RM1,299

Nubia Neo 5 Max 5G tampil dengan skrin besar 7.5″, bateri 7,000mAh, harga dari RM1,299

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN