• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:37 am
  • 04/09/2026
  • Komen
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah sedia maklum bahawa Vivo V80 Lite 5G bakal menampilkan bateri berkapasiti gergasi 10,000mAh. Jika sebelum ini itu sahaja spesifikasi yang diketahui, kini teka-teki spesifikasi penuh akhirnya terjawab selepas Vivo melancarkan peranti ini secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Pelancaran ini secara tidak langsung menjadikan Vivo V80 Lite 5G peranti kedua di pasaran tempatan yang membawakan bateri sebesar itu selepas Redmi Note 17 Pro Max yang dilancar baru-baru ini.



Selain bateri besar, telefon kelas pertengahan terbaharu Vivo ini turut tampil dengan beberapa naik taraf seperti skrin AMOLED 6.83″ 120Hz, cip MediaTek Dimensity 7300e, serta ketahanan gred ketenteraan. Mari kita tengok dengan lebih dekat apa yang ditawarkan.

Harga Vivo V80 Lite 5G di Malaysia

Vivo menawarkan sebanyak tiga konfigurasi vivo V80 Lite 5G di Malaysia. Berikut ialah harga jualannya sepanjang tempoh promosi:



  • 6GB+128GB – RM1,399 (RRP RM1,499)
  • 6GB+256GB – RM1,699 (RRP RM1,599)
  • 8GB+256GB – RM1,899 (RRP RM1,999)

Sesi tempahan awal dibuka sehingga 11 September 2026 di semua kedai konsep Vivo, serta saluran dalam talian menerusi Vivo e-store, Lazada dan Shopee.

Pembeli terawal berpeluang menikmati pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,145. Ini merangkumi projektor pintar (bernilai RM699), set aksesori seperti beg galas, fon putik berserta pemegang kad (bernilai RM119), serta faedah perlindungan Vivo Care yang merangkumi waranti bateri selama 4 tahun, waranti lanjutan 365 hari, dan perlindungan penutup belakang selama 1 tahun.

Di samping itu, peranti ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran mudah serendah RM124.92 sebulan untuk tempoh 12 bulan pada kadar faedah 0%. Pembeli juga boleh menikmati rebat dan penjimatan tambahan menerusi pelbagai platform kemudahan pembayaran:

  • SPayLater: Penjimatan sehingga RM150 bagi pelan ansuran 6 bulan.
  • Atome: Penjimatan RM120 bagi pelan ansuran 6 bulan.
  • Grab PayLater: Penjimatan untuk pelan ansuran 4 bulan.
  • Kad Kredit Bank: Rebat RM100 bagi pelan ansuran daripada rakan bank rasmi seperti Hong Leong Bank, Public Bank, UOB, dan OCBC.

Dari segi warna, terdapat tiga warna untuk dipilih iaitu pink, hijau atau hitam

Spesifikasi Vivo V80 Lite 5G

Vivo V80 Lite 5G menggunakan skrin AMOLED 6.83″ beresolusi 1.5K (2800 × 1260) dengan kadar segar semula 120Hz. Kecerahan puncak panel boleh mencecah sehingga 2,000 nits, dan menyokong gamut warna P3 dan HDR10+ serta 1.07 bilion warna. Skrin ini turut memperoleh pensijilan SGS 5 bintang untuk keterlihatan di bawah cahaya matahari, di samping pensijilan SGS Low Blue Light dan Low Flicker.

Selain itu, binaan V80 Lite 5G datang dengan ketahanan bergred tentera, setelah melepasi lima ujian piawaian MIL-STD merangkumi suhu tinggi, suhu rendah, hujan, pasir & debu serta hentakan. Telefon ini juga mampu bertahan jatuh sehingga 3 meter, meskipun Vivo menyatakan pengujian tersebut hanya dilakukan pada permukaan berkarpet.

Selain itu, ia turut direka khas untuk cuaca panas, dengan Vivo mendakwa telefon ini boleh beroperasi stabil pada suhu sehingga 45 darjah Celsius. Dari segi ketahanan air dan debu pula, V80 Lite 5G diiktiraf dengan penarafan IP68 serta IP69.

Atas papan utama, V80 Lite 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300e 6nm. Vivo mendakwa skor AnTuTu telefon ini boleh mencecah sehingga 940,000, dan turut menyokong sehingga 30 aplikasi aktif berjalan di latar belakang pada satu-satu masa. Cip itu digabungkan bersama kombinasi RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

Untuk mengekalkan prestasi stabil, telefon ini dilengkapi sistem penyejukan vapor chamber seluas 3,800mm², iaitu kawasan penyejukan yang meningkat 250% berbanding generasi sebelumnya, dengan kekonduksian haba sehingga 10 kali lebih tinggi.

Bahagian paling menarik tentunya bateri V80 Lite 5G. Telefon ini membawa bateri BlueVolt berkapasiti 10,000mAh menggunakan teknologi Silicon Anode generasi keempat. Bateri sebesar ini disokong pengecasan 44W, dan Vivo mendakwa ia mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti asal selepas 1,400 kitaran pengecasan, direka untuk tahan penggunaan sehingga 7 tahun. Bahkan, telefon ini turut mencatat Rekod Dunia Guinness selepas menjalani ujian penstriman langsung berterusan selama 32 jam dan 37 minit.

Meskipun berbateri besar, reka bentuk telefon ini kekal nipis pada 8.59mm dan seberat 224g sahaja.

Untuk fotografi, V80 Lite 5G dilengkapi kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX852, bersama kamera bokeh 2MP. Di bahagian hadapan pula terdapat kamera selfie 32MP dengan sudut pandang luas 90°.

Antara ciri kamera yang disertakan termasuk AI Erase untuk membuang objek yang tidak diingini dari gambar, serta Check-In Watermark yang membenarkan pengguna menyertakan maklumat masa dan lokasi pada setiap tangkapan. Terdapat juga mod kamera Dual View, namun ia hanya eksklusif untuk varian 8GB + 256GB sahaja.

Berkenaan sambungan, V80 Lite 5G menyokong rangkaian 5G, dan turut dilengkapi Wi-Fi 5, Bluetooth 5.4 dan NFC. Telefon ini menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16, lengkap dengan ciri-ciri seperti Origin Island, Drag & Go dan Office Kit. Dari segi AI pula, V80 Lite 5G turut menyokong Google Gemini bersama ciri dalaman Vivo seperti AI Creation dan AI Captions.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo V80 Lite 5G.

Tags: telefon pintarvivoVivo V80 LiteVivo V80 Lite 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN