• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perjanjian baru Webe dan Celcom akan perluas rangkaian 4G Unifi Mobile

  • OLEH Najib
  • 12:32 pm
  • 04/03/2019
  • Komen
Perjanjian baru Webe dan Celcom akan perluas rangkaian 4G Unifi Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Unifi Mobile akan dapat menikmati liputan 4G lebih meluas tidak lama lagi, selepas anak syarikat Telekom Malaysia (TM), Webe Digital menandatangani kontrak perkongsian rangkaian yang baru dengan Celcom. Ia merupakan tambahan kepada perjanjian perayauan domestik 2G/3G yang telah dibuat sebelum ini, pada 28 Januari 2016.

Dalam perjanjian ini, Celcom akan menyediakan perkhidmatan perayauan domestik 4G dan MOCN (Multi-Operator Core Network) untuk tempoh 3 tahun. Maklumat ini diumumkan kepada Bursa Malaysia. Nilai perjanjian rangkaian 4G ini ditentukan menerusi penggunaan dan kadar yang telah dipersetujui dalam kontrak.



Dengan ini, ia akan mempercepatkan perluasan rangkaian 4G LTE Unifi Mobile di seluruh negara. Sedikit sebanyak, ia dapat menyelesaikan masalah liputan 4G Unifi Mobile yang amat terhad sekarang.

Buat masa ini, TM belum memaklumkan sebarang perubahan dalam pelan Unifi Mobile. Pelan Unifi Mobile sering dipisahkan antara kuota 2G/3G dan 4G. TM sering menawarkan lebih banyak kuota untuk 4G, dan sedikit kuota untuk 2G/3G, memandangkan rangkaian 4G dimiliki mereka sepenuhnya, berbanding rangkaian 2G/3G yang menggunakan Celcom.



Pada pandangan kami, TM akan merombak semula pelan Unifi Mobile dan tidak lagi menawarkan kuota berbeza untuk rangkaian 4G, memandangkan mereka kini mendapatkan khidmat rangkaian Celcom secara menyeluruh. Diharapkan, Unifi Mobile masih menyediakan pelan yang kompetitif terutama sekali untuk pelan tanpa had.

[Sumber: Berita Harian, Bursa Malaysia]

Tags: celcomTMwebe digital
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Perjanjian baru Webe dan Celcom akan perluas rangkaian 4G Unifi Mobile

Perjanjian baru Webe dan Celcom akan perluas rangkaian 4G Unifi Mobile

4 March 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN