• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Fold diuji melipat ratusan ribu kali, boleh tahan sehingga 5 tahun

  • OLEH Najib
  • 3:40 pm
  • 29/03/2019
  • Komen
Galaxy Fold diuji melipat ratusan ribu kali, boleh tahan sehingga 5 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung melakukan kejutan semasa pelancaran Galaxy S10 di San Francisco bulan lepas, apabila mempertontonkan kepada orang ramai, telefon pintar dengan skrin boleh lipat mereka, Galaxy Fold.

Tetapi peranti tersebut tidak dipamerkan kepada khalayak ramai dan tidak boleh dipegang, membuatkan orang ramai sangsi dengan kemampuan skrinnya yang boleh dilipat. Berbanding dengan Huawei Mate X yang telah diuji ramai orang, termasuk kami sendiri.



Untuk meyakinkan orang ramai dengan peranti yang masih belum ada unit demonstrasi, Samsung berkongsi video yang menunjukkan ujian lipat skrin Galaxy Fold. Menurut Samsung, ujian ini membuktikan Galaxy Fold boleh bertahan dengan 200,000 kali lipat dan buka.

https://youtu.be/McdgS3Popjk



Ia bersamaan dengan penggunaan selama 5 tahun, jika digunakan sebanyak 100 kali sehari. Ujian sebanyak 200,000 kali ini mengambil masa selama seminggu untuk diselesaikan. Walaupun ujian ini seperti melampau sangat banyaknya, Samsung mahu menunjukkan skrin Galaxy Fold dan engselnya, benar-benar tahan lasak untuk digunakan.

Galaxy Fold yang dilancarkan pada Februari lepas, diumumkan akan dijual di beberapa pasaran terpilih bermula April 2019 dengan harga USD1,980 (~RM8,051). Terdapat empat warna disediakan iaitu Space Silver, Cosmos Black, Martian Green dan Astro Blue.

[Sumber: Samsung]

Tags: Galaxy Foldsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Galaxy Fold diuji melipat ratusan ribu kali, boleh tahan sehingga 5 tahun

Galaxy Fold diuji melipat ratusan ribu kali, boleh tahan sehingga 5 tahun

29 March 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN