• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony RX0 Mark II & a6400 Diumumkan Khas Untuk Vlogger Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:27 pm
  • 03/04/2019
  • Komen
Sony RX0 Mark II & a6400 Diumumkan Khas Untuk Vlogger Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pertama kalinya pada penghujung Mac 2019 yang lalu, RX0 Mark II pada hari ini akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi. Bagi yang masih belum mengenali produk ini, Sony RX0 Mark II adalah kamera superkompak tahan lasak yang miliki ciri seakan RX100 yang lebih besar.

Secara keseluruhannya, generasi 2 RX0 tidak jauh bezanya dengan generasi 1 kecuali pada 2 tempat ini.



Yang pertama adalah ia kini miliki paparan boleh kilas 180 darjah keatas yang bermakna jika anda merakam wajah sendiri, anda boleh melihat framing dari depan tanpa masalah. Yang kedua adalah ia berkemampuan merekod video 4K terus ke dalam kamera dan tak lagi perlukan perakam luaran seperti sebelumnya.

Ciri-ciri lain yang dikekalkan adalah seperti:



  • Penggunaan sensor dan pemproses imej yang sama iaitu sensor 1″@5.3MP dengan CPU Bionz X
  • Video superperlahan sehingga 1000fps
  • Kalis air sehingga 10 meter
  • Kalis hentakkan setinggi 2 meter
  • Tahan tekanan sehingga 200 kg

Untuk rakaman vlogging, Sony menyarankan anda memadankan RX0 Mark II bersama-sama grip khas Sony yang ada butang pengawal padanya.

Satu kelemahan yang ketara boleh saya kesan pada kamera ini adalah ia tiada sistem Continuous Autofocus (AF-C) yang sangat berguna sekiranya anda gunakannya untuk ber-vlogging. Ia adalah pelik kerana ia ada sistem pemfokusan tapi hanya Single Autofocus (AF-S).

Untuk pasaran kita, Sony RX0 Mark II dijual pada harga RM2,799 dan akan menemui anda seawal Mei 2019. Promosi Purchase with Purchase (PWP) juga ada. Anda boleh beli grip Vlog pada harga RM199 daripada harga asal RM399.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sony a6400: Mirrorless Sony Pertama Dengan Skrin Boleh Kilas Kedepan

Sony a6400 diumumkan untuk paaran US pada pertengahan Januari 2019 dan ia diumumkan bersama-sama RX0 Mark II untuk berikan lebih banyak opsyen kepada golongan vlogger. Hal ini kerana, a6400 adalah kamera pertama dalam sirinya yang diberikan paparan boleh lipat.

Menelaah helaian spesifikasi, a6400 adalah a6500 yang ada skrin boleh kilas. Ciri yang diwarisi dari a6500 adalah seperti:

  • Sensor APS-C 24.2MP
  • CPU Bionz X
  • Sony E-mount
  • Video 4K@30fps
  • Tangkapan selanjar sehingga 11 fps
  • Skrin LCD berukuran 3″
  • Viewfinder berukuran 0.39″

Tapi ada satu fungsi yang tiada pada a6500, tapi ada pada a6400. Jika anda menggunakan lensa vintage, anda tak perlu risau akan gambar kabur akibat gegaran kerana ada penstabil imej dalam bada (IBIS) disediakan.

Untuk pasaran Malaysia, Sony a6400 sudah mula dijual Mac 2019 yang lalu pada harga seperti berikut:

  • badan sahaja (hitam) – RM3,999
  • dengan lensa 16-50mm – RM4,399
  • dengan lensa 18-135mm – RM5,699
  • dengan 18-105mm – RM5,999
  • dengan lensa 10-18mm – RM6,999

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

Tags: Sonysony a6400sony rx0 mark ii
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Sony RX0 Mark II & a6400 Diumumkan Khas Untuk Vlogger Malaysia

Sony RX0 Mark II & a6400 Diumumkan Khas Untuk Vlogger Malaysia

3 April 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER