• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 10/04/2019
  • Komen
U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile akhirnya akan menyertai kemeriahan jualan Huwei P30 selepas Celcom, Digi dan Maxis mengumumkannya terlebih dahulu minggu lepas. Tetapi ia masih dalam peringkat akan datang, jadi pengguna U Mobile perlu menunggu sedikit masa lagi.

Dari banner yang telah dimuat naik di laman web U Mobile, Huawei P30 akan ditawarkan dari serendah RM1,099 bersama pelan Hero Unlimited. Maklumat penuh tentang tawaran ini masih belum dimuat naik.



Melihat pada tawaran telefon pintar Android yang lain di U Mobile, berkemungkinan besar terdapat dua pelan akan disediakan bersama kontrak untuk memiliki Huawei P30 dengan harga lebih murah dari pasaran. Pelan tersebut ialah pelan Unlimited Hero P99 dan P139.

Kedua-dua pelan ini menawarkan panggilan tanpa had serta internet berkelajuan tinggi tanpa had. Bezanya, pelan P99 datang dengan kuota hotspot 30GB dan Roam-Onz 3GB untuk perayauan di 12 negara. Manakala pelan P139 disertakan kuota hotspot 50GB dan Roam-Onz Global 3GB untuk digunakan di 36 negara.



Dijangkakan tawaran RM1,099 adalah untuk Huawei P30 128GB bersama kontrak 24-bulan pelan P139. Seperti biasa, wang pendahuluan diperlukan dan ia akan direbatkan ke dalam bil bulanan pengguna.

Tags: HuaweiHuawei P30u mobile
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero

U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero

10 April 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN