• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y17 ada tiga kamera bersama storan dan bateri terbesar di bawah RM1000

  • OLEH Najib
  • 9:49 am
  • 06/05/2019
  • Komen
Vivo Y17 ada tiga kamera bersama storan dan bateri terbesar di bawah RM1000
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran telefon pintar di bawah RM1,000 nampaknya semakin sengit apabila Vivo Malaysia mengumumkan ketibaan telefon pintar Vivo Y17. Telefon pintar ini memiliki banyak perkara yang sangat besar dengan tanda harga tidak sampai RM1,000.

Dengan harga jualan RM999, ia boleh menjadi musuh ketat buat Honor 20 Lite, Redmi Note 7 dan juga Realme 3 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan. Tetapi adakah spesifikasinya benar-benar boleh menyaingi mereka bertiga?



Sebelum itu, Vivo Malaysia telah mula mengambil tempahan awal untuk Vivo Y17 dan menawarkan hadiah istimewa. Dari 4 hingga 10 Mei 2019, tempahan awal Vivo Y17 di Stor Online Vivo dan Stor Konsep Vivo di seluruh Malaysia, akan menerima hadiah percuma berupa speaker Bluetooth mini, waranti tambahan 6-bulan dan jaminan keretakan skrin tambahan selama 6-bulan.

Prestasi Vivo Y17 terletak di dalam kelas pertengahan. Ia dikuasakan cip pemproses Mediatek Helio P35 yang dikatakan setaraf Snapdragon 636, bersama RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 128GB. Senarai perkakas ini memang sangat menarik untuk harga di bawah RM1,000.



Tarikan Vivo Y17 ditambah lagi apabila ia memiliki tiga kamea belakang berkuasa AI. Tiga kamera ini ialah kamera utama 13MP F2.2, kamera bersudut lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 20MP dan terletak di dalam takuk kecil titisan air di atas skrin.

Jika dua perkara tadi masih belum meyakinkan anda, kehebatan Vivo Y17 ini dikuatkan lagi dengan bateri sebesar 5,000mAh dipasang di dalamnya, dan ia datang bersama pengecas pantas 18W. Tetapi ia masih menggunakan port mikroUSB untuk mengecas.

Kelemahan utama Vivo Y17 ialah pada skrinnya. Skrin seluas 6.35-inci dengan takuk kecil ini memiliki resolusi HD+ sahaja, iaitu 1544×720. Kalau mata anda tidak dapat membezakan ketajaman HD dan HD Penuh, maka Vivo Y17 ini adalah peranti terbaik untuk anda beli di bawah RM1,000.

Vivo Y17 datang dalam dua pilihan warna iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple. Warna-warna ini datang dalam kemasan licin cermin dan efek gradien, menambah rupa premium padanya.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli Vivo Y17 yang hadir dengan storan besar 128GB, bateri besar 5,000Ah dengan pengecas pantas, serta tiga kamera belakang, pada harga cuma RM999, buat tempahan awal selewatnya pada 10 Mei 2019 untuk menerima hadiah percuma. Kunjungi Stor Online Vivo atau Stor Konsep Vivo berhampiran untuk menampah.

Tags: vivoVivo Y17
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Vivo Y17 ada tiga kamera bersama storan dan bateri terbesar di bawah RM1000

Vivo Y17 ada tiga kamera bersama storan dan bateri terbesar di bawah RM1000

6 May 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER