• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Akhirnya, Telefon Meizu Yang Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:06 pm
  • 16/12/2017
  • Komen
Akhirnya, Telefon Meizu Yang Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Bertambah lagi telefon bajet berspesfikasi tinggi dilancarkan. Kali ini ia adalah daripada Meizu dengan model M6 dan M6 Note mereka. Sudahlah harga kurang daripada RM900, M6 Note adalah telefon pertama Meizu yang menggunakan cip Snapdragon 625.

Meizu M6 Note dengan kamera 12MP dan 5MP



Ia sekali gus meletakkan telefon ini sebaris dengan nama-nama besar seperti:

  • Xiaomi Mi A1
  • Moto G5S Plus
  • OPPO F5 Youth
  • Honor 7X

Selain Snapdraogn 625, anda turut akan menemui RAM seluas 3GB beserta storan seluas 32GB yang boleh diperluas menggunakan slot SD khas.



Pdaa bahagian muka telefon M6 Note, anda disajikan dengan panel paparan LTPS sebesar 5.5″ dengan resolusi HD Penuh 1920 x 1080. Telefon ini nampaknya masih mengekalkan nisbah paparan 16:9.

Pengimbas cap jari dengan kepantasan 0.02 saat

Beralih pada komponen pengimejan, anda boleh mengambil gambar menggunakan kamera 12MP F1.9 dengan bantuan kamera sekunder 5MP F2.0 untuk mensimulasikan kesan bokeh.

Pada segi swafoto, anda disediakan kamera 16MP F2.0, satu spesifikasi kamera swofoto yang mantap dalam kelasnya.

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan mantas mCharge.

Meizu M6 Note dijual pada harga RM899 ataupun anda boleh mencari versi M6 biasa pada harga RM599. Layari laman rasmi Meizu untuk maklumat lanjut.

  • Facebook Meizu
  • Laman Web Meizu

Meizu M6

Meizu M6

Tags: meizumeizu m6meizu m6 noteSnapdragon 625
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Akhirnya, Telefon Meizu Yang Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

Akhirnya, Telefon Meizu Yang Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

16 December 2017
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER