• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7 pilihan lebih murah dengan banyak kekurangan

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 15/05/2019
  • Komen
OnePlus 7 pilihan lebih murah dengan banyak kekurangan
Share on FacebookShare on Twitter

Selain OnePlus 7 Pro, satu lagi telefon pintar yang diperkenalkan dalam majlis pelancaran yang sama ialah OnePlus 7. Dari namanya, kita boleh tahu bahawa ia adalah peranti yang berada di bawah OnePlus 7 Pro.

OnePlus 7 memiliki lebih banyak perbezaan dari persamaan dengan OnePlus 7 Pro. Paling ketara, ia hadir dalam pilihan warna kelabu dan merah sahaja.



Dari rupa luar, ia mudah dibezakan kerana skrin OnePlus 7 lebih kecil, sebesar 6.41-inci dari jenis Optic AMOLED. Resolusinya hanya HD Penuh+ dan paling utama, ia memiliki takuk kecil titisan air di atas, yang menempatkan kamera hadapan 16MP F2.0.

Bermakna, tiada modul kamera tersembunyi. Tetapi ia masih ada pengimbas capjari di dalam skrin.



Kuasa di dalam agak serupa kerana ia menggunakan pemproses Snapdragon 855 dengan RAM 6GB atau 8GB. Storan juga sama, dari jenis UFS3.0 dengan kapasiti 128GB atau 256GB.

Kamera di OnePlus 7 sangat berbeza dengan OnePlus 7 Pro. Ini kerana ia menggunakan hanya 2 kamera di belakang, di mana kamera utamanya 48MP menggunakan sensor Sony IMX586. Kamera kedua pula bukanlah kamera telefoto atau ultra lebar, tetapi hanyalah kamera pengesan tahap kedalaman 5MP F2.4. Ini memberi impak yang besar jika kamera adalah perkara penting untuk anda di telefon pintar.

Nasib baik, telefon ini memiliki pembesar suara stereo yang diperkasa dengan Dolby Atmos. Baterinya pula sedikit kecil, hanya 3,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dash 20W melalui USB-C.

Sementara OnePlus 7 Pro akan mula dijual minggu ini, OnePlus 7 pula dipasarkan sedikit lewat, sekitar bulan Jun 2019. Harga jualannya di India diumumkan seperti berikut:

  • RAM 6GB RAM + storan 128GB – INR 32,999 (about RM1,958)
  • RAM 8GB RAM + storan 256GB – INR 37,999 (about RM2,255)

Dengan RAM dan storan yang sama, beza harga OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro mencecah RM1,000. Jika anda hanya mahukan prestasi tertinggi bersama kelancaran Oxygen OS, maka OnePlus 7 sudah memadai.

Sebelum ini, di Malaysia OnePlus diedarkan oleh Brightstar dan seterusnya oleh Mihan. Kini ia diedarkan secara tunggal oleh XianFeng Technology dan mereka sedang mencari pengedar yang berminat. Buat masa ini, mereka memiliki 8 pusat servis di seluruh negara.

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 7 pilihan lebih murah dengan banyak kekurangan

OnePlus 7 pilihan lebih murah dengan banyak kekurangan

15 May 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN