• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna tidak perlu bimbang, Huawei akan terus beri kemaskini keselamatan & khidmat lepas jualan

  • OLEH Najib
  • 5:47 pm
  • 20/05/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kekecohan Amerika Syarikat mengenakan larangan mana-mana syarikat di AS berurusniaga dengan Huawei, Huawei dengan tenang bersedia berhadapan dengan tindakan tersebut. Bagi meyakinkan pengguna peranti nombor dua di dunia itu, Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Huawei menyatakan, mereka akan terus menyediakan kemaskini keselamatan untuk peranti Huawei dan Honor, serta sebarang perkhidmatan selepas jualan. Perkara ini termasuk sebarang telefon pintar dan tablet Android yang telah dijual atau masih dalam stok di seluruh dunia.



Tambah Huawei, mereka telah membuat sumbangan besar dalam pembangunan dan perkembangan Android di seluruh dunia. Sebagai salah satu rakan utama Android, Huawei telah bekerjasama rapat dalam membangunkan sistem operasi sumber terbuka tersebut, yang memberi manfaat kepada pengguna dan industri.

Huawei akan terus membangunkan ekosistem perisian yang mampan, dalam usaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia.



Huawei telah menjangka akan larangan ini dan telah bersiap sedia lebih awal mempersiapkan diri mereka dengan mencipta sendiri pelbagai komponen seperti cip pemproses, modem dan sistem operasi. Walaupun begitu, Huawei masih banyak bergantung kepada pengeluar lain terutama dari AS seperti Intel, Qualcomm dan Broadcomm.

Bagi peranti Android, pengguna tidak perlu risau kerana Huawei masih boleh menggunakan OS EMUI tanpa ikatan kepada perkhidmatan Google. Malah, Huawei mempunyai stor aplikasi sendiri untuk pengguna memuat turun aplikasi Android.

Cuma, adakah pengguna Huawei di seluruh dunia bersedia untuk menggunakan peranti tanpa akses ke Gmail, YouTube, Maps dan sebagainya dari Google? Sekurang-kurangnya pengguna di China tidak bermasalah.

Tags: androidGoogleHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna tidak perlu bimbang, Huawei akan terus beri kemaskini keselamatan & khidmat lepas jualan

20 May 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN