• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Celcom dan Uber bakal nikmati faedah bersama

  • OLEH Najib
  • 8:12 pm
  • 19/12/2017
  • Komen
Pengguna Celcom dan Uber bakal nikmati faedah bersama
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom Axiata Berhad dan Uber, hari ini mengumumkan kerjasama yang bakal memberi banyak faedah kepada pengguna. Kerjasama ini akan membuahkan hasilnya dalam masa beberapa bulan akan datang.

Pengguna pascabayar dan prabayar Celcom bakal menikmati beberapa faedah apabila menggunakan perkhidmatan Uber kelak, seperti diskaun menaiki Uber menerusi program kesetiaan. Serta berpeluang menaiki Uber secara percuma ke KLIA atau KLIA apabila melanggan pakej perayauan antarabangsa Celcom Passport.



Dari segi talian pula, Celcom tidak akan mengenakan caj data bagi penggunaan aplikasi Uber. Perkara ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada penumpang Uber, malah buat rakan pemandu Uber.

Celcom juga akan menyediakan tawaran khas memiliki peranti terkini kepada rakan pemandu Uber, untuk dipadankan dengan pelan Celcom FIRST menggunakan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom.



Zalman (dua dari kiri) dan Karina (tiga dari kiri)

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy berkata, “Celcom akan terus dinamik bersama rakan strategik seperti Uber dan terus memenuhi keperluan digital pelangan dengan pelbagai faedah yang baru dan inovatif.”

Pengurus Besar Pengembangan Uber Malaysia, Karina Ali Noor pula menyatakan, “Kami berharap kerjasama ini bakal menjadi salah satu cara untuk Uber terus memberikan kejutan dan menggembirakan penumpang dan rakan pemandu, dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman yang menceriakan mereka.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.celcom.com.my atau Blog Uber Malaysia.

Tags: celcomUberUber Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Celcom dan Uber bakal nikmati faedah bersama

Pengguna Celcom dan Uber bakal nikmati faedah bersama

19 December 2017
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN