• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Tangan GPS Termurah Kini Ada 2 Saudara Baru

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:47 am
  • 12/06/2019
  • Komen
Jam Tangan GPS Termurah Kini Ada 2 Saudara Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang cari jam tangan yang dilengkapi fungsi GPS tapi pada harga kurang daripada RM300, anda boleh cari Amazfit Bip dan ia mungkin adalah yang termurah dalam kelasnya. Masih mengekalkan falsafah harga superkompetetif, Amazfit mengumumkan dua jam tangan yang menyerupai Bip, tapi ada fungsi khusus. Dua ahli baru yang saya maksudkan ialah:

  • Amazfit Health Watch
  • Amazfit Bip Lite

Amazfit Health Watch

Kedua-dua jam tangan ini ada fizikaliti yang menyerupai Bip. Maka anda boleh gunakan tali jam sedia ada bersama-sama jam tangan ini. Bezanya produk baru ini berbanding yang lama adalah pada spesifikasi dalamannya.



Ciri paling menonjol jam tangan ini adalah ia dilengkapi komponen ECG (Electrokardiogram). ECG akan memantau kesihatan jantung si pemakai dengan mengukur arus elektrik yang mengalir dalam badannya sewaktu jantung berdegup.

Selain sensor ECG, ia juga dilengkapi sensor PPG (fotopletismogram). Alat ini juga digunakan untuk mengukur kesihatan jantung, tapi ia menggunakan kaedah visual iaitu mengukur isipadu darah yang mengalir di bawah kulit anda.



Kesemua fungsi ini ditujukan kepada orang yang ingin memantau tahap kesihatan mereka terutamanya warga tua. Sensor 6-paksi yang ada padanya boleh mengesan sekiranya si pemakai terjatuh dan terus memanggil bantuan melalui ciri eSIM yang disokongnya.

Maklumat harga Amazfit Health Watch ini tidak pula dikongsikan.

Amazfit Bip Lite

Jam tangan ini adalah yang paling menyerupai Bip asal. Ia ada kesemua ciri-ciri Bip tapi kehilangan fungsi GPS. Besar kemungkinan ia hadir untuk menyediakan pilihan lebih murah kepada pengguna yang tak perlukan fungsi penjejak satelit pada jam tangan mereka.

Untuk fizikaliti, ia ada paparan sebesar 1.28″ dengan resolusi 176 x 176. Dilengkapi bateri 200mAh ia boleh bertahan lebih sebulan lamanya.

Amazfit Bip Lite mula dijual di China pada 18 Jun 2019 dan berharga RMB299 (RM179).

Tags: amazfitAmazfit Bipamazfit health watch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Jam Tangan GPS Termurah Kini Ada 2 Saudara Baru

Jam Tangan GPS Termurah Kini Ada 2 Saudara Baru

12 June 2019
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER