• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Nubia Red Magic 3 melebihi RM2000 tapi masih berbaloi

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 12/06/2019
  • Komen
Harga Nubia Red Magic 3 melebihi RM2000 tapi masih berbaloi
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya sinar ketibaan Nubia Red Magic 3 ke Malaysia telah kelihatan. Perkara ini bukannya diumumkan oleh Nubia Malaysia, tetapi ditemui menerusi penjual DirectD. Tetapi harganya melebihi jangkaan awal kami.

DirectD kini telah membuka tempahan awal untuk Nubia Red Magic 3, dengan jaminan 1 tahun dari Nubia Malaysia sendiri. Ia akan dijual pada harga RM2,199 di Malaysia. Orang ramai boleh mula membuat tempahan hari ini, dengan membayar wang pendahuluan RM500. Ia dijangka akan tiba pada 21 Jun 2019.



Walaupun dengan harga RM2,199, Red Magic 3 masih lebih murah dari telefon pintar gaming lain, seperti ASUS ROG Phone dan Black Magic Shark 2 yang berharga RM2,499 dengan konfigurasi yang sama, RAM 8GB dan storan 128GB. ASUS ROG Phone menggunakan cip Snapdragon 845 tetapi kini ditawarkan dengan alat kawalan GameVice. Manakala Black Shark 2 dengan kuasa Snapdragon 855, memiliki dua kamera belakang. Adakah Red Magic 3 yang lebih murah akan menjadi pilihan anda?

Selain prestasi tinggi dengan cip Snapdragon 855, RAM 8GB dan storan 128GB, Red Magic 3 memiliki skrin hebat, berukuran 6.65-inci dari jenis AMOLED, tiada lubang dan takuk, dengan resolusi HD penuh+ dan menyokong HDR serta kadar segar semula setinggi 90Hz. Ini boleh memberi pengalaman bermain game yang lebih lancar dan menarik.



Tarikan utama Red Magic 3 ialah sistem penyejukan menggunakan kipas dan cecair, pertama seumpamanya di telefon pintar.

Kameranya hanya satu di belakang, menggunakan sensor Sony IMX586 48MP F1.7 dan kamera hadapan pula 16MP F2.0. Bateri di dalam Red Magic 3 sangat besar, berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.

Pengalaman bermain game di Red Magic 3 tambah menarik dengan stereo speaker yang menembak bunyi terus ke muka pengguna, serta jek audio 3.5mm yang membolehkan fon kepala berwayar digunakan. Selain itu, ia turut memiliki strip LED RGB di belakang, mirip perkakas gaming di komputer.

Red Magic 3 juga memiliki butang kapasitif L1 & R1 di sebelah kanan telefon. Apabila telefon dipegang secara mendatar, ia bertindak sebagai butang tambahan yang banyak membantu semasa bermain games.

Kepada yang berminat untuk menjadi yang terawal memilikinya, boleh membuat tempahan Nubia Red Magic 3 menerusi laman web DirectD. Jika anda mahukan versi yang lebih murah, Red Magic Mars yang dikuasakan Snapdragon 845, RAM 8B dan storan 128GB, turut boleh dibeli di DirectD, pada harga RM1,799 sahaja.

Tags: NubiaRed Magic 3
Najib

Najib

POPULAR

Harga Nubia Red Magic 3 melebihi RM2000 tapi masih berbaloi

Harga Nubia Red Magic 3 melebihi RM2000 tapi masih berbaloi

12 June 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN