• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selain tiada audio jek, Galaxy Note 10 juga tidak memiliki jeriji pembesar suara

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 12:06 pm
  • 20/06/2019
  • Komen
Rupa Galaxy Note 10 dan Huawei P30 macam kembar seiras
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, terbocornya gambar filem pelindung skrin yang didakwa untuk Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Pro di internet.

Terbaru, seorang pembocor berita, Ice Universe mengatakan Galaxy Note 10 akan menggunakan teknologi Sound on Display dan membuang jeriji pembesar suara.



Note 10's "chin" is very narrow, the same level as the iPhone, no speaker grooves on the forehead, which means that the flagship Sound on Display(SoD) technology will replace the traditional speaker. The forehead will be narrower. pic.twitter.com/6aRGQIG0ee

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) June 19, 2019

Berdasarkan pada filem perlindungan paparan yang terbocor itu, ia menunjukkan bezel yang nipis pada sekelilingnya. Bukan itu saja, pada bahagian atas tengah filem tersebut juga terdapat potongan lubang untuk kamera hadapan dan ia kelihatan nipis.

Ia dikhabarkan memiliki rekaan sebegitu kerana Samsung bakal menggantikan jeriji pembesar suara dengan teknologi Sound on Display. Jika berita tersebut benar, ia dikatakan sebuah langkah bijak daripada Samsung kerana mampu menawarkan skrin yang luas tanpa perlu menambahkan saiz peranti.



Bagaimana teknologi tersebut berfungsi? Di dalam kes ini, getaran piezoelectric akan memancarkan bunyi ke telinga pengguna menerusi paparan peranti. Samsung sebelum ini pernah menggunakan teknologi yang sama pada peranti kelas pertengahannya iaitu Galaxy M40.

Namun, ia tidak berfungsi dengan begitu baik. Mungkin Samsung bakal memperbaiki teknologi tersebut pada Galaxy Note 10 yang akan datang ini.

Walaubagaimana pun, Samsung bukan yang pertama menawarkan teknologi tersebut. Sebelum ini, telefon pintar daripada LG iaitu LG G8 juga menggunakan teknologi sama yang dikenali sebagai ‘Crystal Sound OLED’ dan ia menawarkan pembesar suara stereo.

Phablet generasi ke-10 daripada Samsung ini bakal dilancarkan di New York pada 7 Ogos 2019 nanti.

Sumber: SamMobile, Ice Universe

Tags: GalaxylgLG G8 ThinQsamsung galaxysamsung galaxy notesamsung galaxy note 10Samsung Galaxy Note 10 Pro
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Rupa Galaxy Note 10 dan Huawei P30 macam kembar seiras

Selain tiada audio jek, Galaxy Note 10 juga tidak memiliki jeriji pembesar suara

20 June 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER