• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gobind senaraikan pakej internet khusus untuk OKU

  • OLEH Najib
  • 8:03 pm
  • 21/06/2019
  • Komen
Gobind senaraikan pakej internet khusus untuk OKU
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh hari ini mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengambil langkah proaktif memperkenalkan pakej khusus buat Orang Kelainan Upaya (OKU).

Perkara ini bermula pada 10 Jun lepas di mana beliau melancarkan Program Latihan e-Dagang untuk OKU yang dianjurkan Pertubuhan Orang Cacat Cina Malaysia (POCCM) di Puchong. Beliau mendapati, program ini sangat bermanfaat untuk OKU kerana memberi mereka peluang untuk menggunakan internet sebagai platform berniaga.



Kenyataan Media Gobind Singh

Seorang peserta dalam program itu meminta beliau untuk menyediakan perkhidmatan internet khas untuk golongan OKU bagi mengurangkan kos mereka, sambil membantu dan memberi manfaat. Selepas itu, Gobind meminta syarikat telekomunikasi (telko) mempertimbangkan perkara ini.

Hari ini, Gobind mengumumkan tawaran yang telah dipersetujui oleh telko. Selain memperkenalkan pakej khusus OKU, diskaun antara RM10 ke RM15 diberikan untuk pelan lain.



Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile menawarkan diskaun untuk pelan pascabayar manakala YTL melalui Yes, menawarkan diskaun untuk pelan prabayar mudah alih.

Bagi talian tetap pula, diskaun antara RM 10 ke RM44 diberi. Telekom Malaysia (TM) menawarkan diskaun sehingga RM44 untuk pakej Streamyx dan diskaun RM10 untuk pakej Unifi. Celcom pula menawarkan jalur lebar tetap wayarles dengan diskaun RM10.

Bagi menikmati pakej khas ini, warga OKU perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan dan kad OKU. Bagi penjaga warga OKU, mereka yang layak boleh mengemukakan bukti sebagai penjaga. Proses pendaftaran boleh dilakukan di cawangan telko berkenaan dan tiada penalti dikenakan untuk bertukar dari pelan biasa ke pakej khas OKU.

Selain dari pakej ini, TuneTalk juga menyediakan pakej khusus untuk OKU dan warga emas. Pelan TuneTalk VIP mengenakan caj RM10/bulan yang memberikan 2GB data dan panggilan tanpa had sesama TuneTalk.

Sumber: Gobind Singh

Tags: Gobind SinghOKUSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Gobind senaraikan pakej internet khusus untuk OKU

Gobind senaraikan pakej internet khusus untuk OKU

21 June 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN