• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AnTuTu temui Kirin 810 lebih berkuasa dari Snapdragon 730

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 25/06/2019
  • Komen
AnTuTu temui Kirin 810 lebih berkuasa dari Snapdragon 730
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei akhirnya melancarkan cip Kirin 810 bagi menggantikan posisi Kirin 710, cip kelas pertengahan berkuasa tinggi mereka. Ia menggunakan proses 7nm yang memberikan 20% lebih cekap tenaga dan 50% lebih ketumpatan transistor berbanding proses 8nm.

Kirin 810 pertama kali digunakan di dalam telefon pintar Nova 5, yang baru sahaja dilancarkan di China. Ia kelihatan lebih berkuasa dari cip kelas pertengahan terbaru dari Qualcomm, Snapdragon 730.



Kuasa Kirin 810 merupakan naik taraf yang besar berbanding Kirin 710. Selain menggunakan proses 7nm yang lebih cekap (Kirin 710 12nm), ia kini dilengkapi 2-teras ARM Cortex-A76 2.27GHz yang berkuasa tinggi bersama 6-teras ARM Cortex-A551.88GHz yang cekap tenaga.

Untuk grafik, Kirin 810 menggunakan GPU Mali-G52 MP6. Ia juga dilengkapi pemproses neural (NPU) khas dari arkitektur Da Vinci, pertama seumpamanya pada cip kelas pertengahan.



Ujian AnTuTu Kirin 810, Snapdragon 730 dan Kirin 710

Dalam ujian AnTuTu, Nova 5 yang menggunakan Kirin 810 mencapai 237,437 mata berbanding Snapdragon 730 yang mencapai 210,052 mata. Manakala Kirin 710 hanya mendapat 140,009 mata. Kirin 810 juga mendahului semua jenis kategori ujian AnTuTu.

Huawei Nova 5 baru dilancarkan di China minggu lepas, dengan harga RMB2,799 (~RM1,689). Ia dikuasakan cip Kirin 810, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia turut tiba bersama Nova 5 Pro berkuasa Snapdragon 980 serta Nova 5i dengan cip Kirin 710. Maklumat lanjut berkenaan pelancarannya boleh dirujuk di sini.

Sumber: AnTuTu

Tags: HuaweiKirin 810Nova 5
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AnTuTu temui Kirin 810 lebih berkuasa dari Snapdragon 730

AnTuTu temui Kirin 810 lebih berkuasa dari Snapdragon 730

25 June 2019
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER