• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 am
  • 03/07/2019
  • Komen
Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap
Share on FacebookShare on Twitter

Kita ada 3 produk baru daripada ketuhar Xiaomi yang masing-masing diberi nama Mi CC9, Mi CC9e, dan Mi CC9 Meitu Edition. Ia adalah siri baru yang memberi tumpuan pada komponen kameranya. Tak menghairankan kerana ia dilengkapi kamera belakang 48MP dan kamera selfie 32MP.

Mi CC9 mengekalkan rupa luaran Mi 9 dan pada bahagian muka, ia menggayakan paparan sama besar seperti Mi 9 iaitu paparan sebesar 6.39″ daripada panel jenis AMOLED beresolusi FHD+.



Mi CC9 dan CC9 Meitu Edition ada fizikaliti yang sama

Bezanya Mi CC9 berbanding flagship Mi 9 adalah kemasan belakang yang berkilau dengan pola pantulan unik, hampir serupa yang boleh ditemui pada Realme 3 Pro tempoh hari.

Di jabatan pengimejan, seperti biasa, sensor Sony 48MP digunakan sebagai kamera belakangnya. Membantu kamera utamanya adalah kamera wide-angle 8MP beserta kamera 2MP hanya untuk bokeh. Untuk selfie, sensor Samsung 32MP digunakan untuk melunaskan kehendak swafoto anda.



Di papan utama, Mi CC9 diperkasa SoC Snapdragon 710 beserta RAM 6GB. Storan yang boleh dipilih adalah antara 64GB ataupun 128GB. Beberapa ciri menarik pada telefon ini adalah seperti jek 3.5mm, NFC, dan IR Blaster.

Mi CC9 ada bateri yang agak besar. Pada kapasiti 4,030mAh, ia jauh lebih besar berbanding Mi 9. Tambah menarik, ia dicas melalui USB-C dan boleh dicas pantas.

Mi CC9e & Mi CC9 Meitu Edition

Mi CC9e miliki komponen yang hampir serupa. Misalnya, konfigurasi kamera antara kedua-duanya adalah serupa, paparan sama besar, fizikalitinya juga serupa. Bezanya adalah ia diperkasa SoC sedikit rendah iaitu Snapdragon 665, produk midrange terbaru daripada Qualcomm.

Mi CC9e sedikit kecil dengan specs yang lebih rendah

Mi CC9 Meitu Edition pula adalah Mi CC9 yang ada satu ciri tambahan iaitu beautification AI daripada Meitu. Secara teorinya, selfie anda akan lebih mantap dengan bantuan kecerdasan buatan.

Selain itu, pada Meitu Edition juga ada varian RAM + storan yang tertinggi iaitu 8GB + 256GB.

Harga tiga jenis Mi CC9 yang dilancarkan adalah seperti berikut:

  • Mi CC9e 4GB + 64GB – RMB 1,299 (~RM781)
  • Mi CC9e 6GB + 64GB – RMB 1,399 (~RM841)
  • Mi CC9e 6GB + 128GB – RMB 1,599 (~RM961)
  • Mi CC9 6GB + 64GB – RMB 1,799 (~RM1,081)
  • Mi CC9 6GB + 128GB RMB 1,999 (~RM1,202)
  • Mi CC9 Meitu Edition 8GB + 256GB – RMB 2,599 (~RM1,563)

Di China, telefon-telefon ini akan mula dijual seawal pada 5 Julai 2019.

Tags: xiaomixiaomi mixiaomi mi cc9xiaomi mi cc9 meitu editionxiaomi mi cc9e
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap

Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap

3 July 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER