• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy A80 di Malaysia mencecah rekod baru, tempahan awal dibuka

  • OLEH Najib
  • 10:29 am
  • 05/07/2019
  • Komen
Galaxy A80: Selfie Superstar Samsung Dengan Rekaan Radikal
Share on FacebookShare on Twitter

Galaxy A80 merupakan model terbaik dalam keluarga Galaxy A tahun ini, dengan keunikan kamera berputarnya. Ia dilancarkan bersama persembahan kumpulan popular kpop, Blackpink di Bangkok pada bulan April lepas. Kini, ia dikhabarkan akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan oleh DirectD di mana mereka telah mula mengambil tempahan awal untuk set rasmi Malaysia Galaxy A80. Harganya turut diumumkan iaitu RM2,499 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Tiga warna boleh dipilih antara Emas, Putih dan Hitam.



Tempahan awal Galaxy A80 di DirectD dibuka sekarang dan dijangka mula diedarkan pada 13 Julai 2019. DirectD turut memberi hadiah percuma untuk tempahan awal ini iaitu tripod, set kepala Bluetotth Samsung MG-920 dan botol air Samsung.

Galaxy A80 memiliki skrin Infinity AMOLED 6.7-inci HD Penuh+, tanpa takuk dan lubang. Skrin ini memiliki pengimbas capjari dan ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 730.



Sebanyak tiga kamera terdapat di Galaxy A80 iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera 3D ToF. Uniknya, swafoto juga menggunakan kamera yang sama kerana modul kamera Galaxy A80 boleh berputar dari belakang ke depan. Ini membolehkan ia mencapai skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

Telefon ini memiliki bateri sebesar 3,700mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Kekurangan yang ada padanya ialah ketiadaan jek audio 3.5mm, tiada slot kad mikroSD dan tidak kalis air.

Harga RM2,499 merupakan harga termahal untuk siri Galaxy A. Dengan tambahan RM200, anda boleh mendapatkan Galaxy S10e dengan kuasa tertinggi Exynos 9820, RAM 6GB dan storan 128GB. Tetapi jika anda berminat dengan sesuatu yang unik dan tiada pada telefon pintar lain, Galaxy A80 pastinya tidak menghampakan.

Kenali lebih lanjut tentang Galaxy A80 dalam reviu awal kami di sini, serta menerusi video di bawah.

Tags: Galaxy A80samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A80: Selfie Superstar Samsung Dengan Rekaan Radikal

Harga Galaxy A80 di Malaysia mencecah rekod baru, tempahan awal dibuka

5 July 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN