• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pulau Pinang miliki capaian jalur lebar wayarles Terragraph yang terbesar di dunia

  • OLEH Najib
  • 3:29 pm
  • 10/07/2019
  • Komen
Pulau Pinang miliki capaian jalur lebar wayarles Terragraph yang terbesar di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Terragraph adalah satu teknologi wayarles yang boleh menyediakan internet berkelajuan tinggi seperti kabel gentian optik. Dengan menggunakan node sebesar router Wi-Fi di rumah, teknologi Terragraph boleh dikembangkan dengan mudah dengan memasangnya di tiang lampu atau tepi bangunan tanpa perlu menggali jalan atau lubang di bangunan.

Georgetown merupakan bandar pertama di Malaysia dan di Asia menggunakan teknologi ini, hasil kerjasama Facebook dan YTL Communication (YES). Ujian percuma telah dijalankan sejak bulan Februari lepas dan kini, Terragraph telah menyediakan Wi-Fi awam percuma di 50 lokasi di Georgetown.



Nod Terragraph di tiang lampu

Antara lokasi pemasangan Terragraph ialah di Love Lane, Lebuh Chulia, Masjid Kapitan Kaling, Lebuh Campbell, Kuil Luan Yin, Pasar Malam Lebuh Chulia dan Armenian Street Art. Sehingga kini, sebanyak 472 nod Terragraph telah dipasang di Georgetown, menjadikannya rangkaian Terragraph terbesar di dunia.

YES telah mencatatkan beberapa maklumat sepanjang ujian penggunaan Terragraph di Gerogetown antaranya:



  • Purata penggunaan 320MB untuk setiap sesi, penggunaan tertinggi dicatatkan sebanyak 9GB untuk seorang pengguna
  • Penghantaran data muat turun sepantas 170Mbps dan muat naik berkelajuan sehingga 160Mbps
  • Lebih 19,000 pengguna dicatatkan dengan 65% pengguna kembali menggunakannya

Selepas memperkenalkan Terragraph, YES kemudiannya mengumumkan Gigawire. Ia adalah teknologi yang membolehkan kabel tembaga (copper) memiliki prestasi jalur lebar berkelajuan seperti gentian optik. Ia adalah gandingan padu bersama Terragraph untuk meluaskan capaian internet jalur lebar terutama di kawasan luar bandar.

Dengan Gigawire, bangunan-bangunan lama yang masih menggunakan kabel tembaga boleh menikmati kelajuan jalur lebar lebih tinggi tanpa mengganti kabel, sekaligus menjimatkan kos. Ia boleh menjadi satu lagi bentuk penyelesaian buat TM, untuk menaik taraf pengguna Streamyx yang masih tersekat dengan kelajuan lama maksima 8Mbps.

Sumber: Gambar

Tags: GigawireterragraphYESytl
Najib

Najib

POPULAR

Pulau Pinang miliki capaian jalur lebar wayarles Terragraph yang terbesar di dunia

Pulau Pinang miliki capaian jalur lebar wayarles Terragraph yang terbesar di dunia

10 July 2019
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN