Unifi merupakan pelan jalur lebar pilihan ramai kerana liputannya yang meluas. Pelan paling murah yang terdapat di Unifi dikenakan kadar RM79 dengan kelajuan 30Mbps dan kuota bulanan 60GB. Hari ini kami bertemu dengan tawaran Unifi yang sangat menarik, 50Mbps pada harga kurang RM100/bulan.
Tawaran ini dikatakan datang dari reseller menerusi “Unifi Upsizing Promo“. Ia dijalankan dari 4 Julai sehingga hujung tahun ini. Tetapi ada satu kesalahan besar yang sering dilakukan TM sejak dulu, tawaran ini untuk pengguna baru sahaja. Ini menyebabkan ramai pelanggan beralih ke penyedia internet lain.
Promosi ini sangat menarik kerana menyediakan pelan tanpa had kuota, RM89 untuk 30Mbps dan RM99 untuk 50Mbps. Bermakna, tambah RM79 dari pelan Unifi Basic 30Mbps dengan kuota 60GB untuk menjadi tanpa had kuota, dan tambah lagi RM10 untuk kelajuan 50Mbps.
Kedua-dua pelan dalam promosi ini datang dengan kelajuan muat naik 10Mbps dan panggilan dicaj 20sen/minit. Dari jadual di atas, pelan ini terdapat disaluran tertentu reseller, TMpoint dan TAD (pengedar sah TM). Tetapi terdapat kriteria kawasan, penggunaan di bawah 50% dan tiada pengembangan pengguna.
Maklumat di atas tidak terdapat di laman sesawang Unifi dan ia bukan datang dari mana-mana saluran rasmi Unifi. Dari watermark yang terdapat padanya, ia datang dari Halo Telco, pengedar produk telekomunikasi. Kami sudah menghubungi TM dan Halo Telco untuk keterangan.
Dengan kadar RM89/bulan, ia satu tawaran yang sanggat menarik memandangkan tiada had kuota, walaupun tidak disertakan panggilan percuma. Pengguna tidak lagi perlu risau akan kuota 60GB/bulan. Maxis Home juga menawarkan pelan 30Mbps tanpa had kuota dengan harga yang sama, tetapi kelajuan muat naiknya 30Mbps.
Satu lagi tawaran yang boleh dibandingkan ialah dari Nex.Life. Mereka hanya ada satu pelan, RM100/bulan tetapi memberikan jalur lebar tetap di rumah 30Mbps bersama internet mudah alih 4G LTE tanpa had. Untuk liputan yang lebih terhad, TIME juga menawarkan jalur lebar pada kadar RM100/bulan, tetapi kelajuan lebih pantas 100Mbps.
Sumber: @hafizbjamal