• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T Pro akan muncul di pentas antarabangsa pada 20 Ogos

  • OLEH Najib
  • 1:58 pm
  • 14/08/2019
  • Komen
Mi 9T Pro akan muncul di pentas antarabangsa pada 20 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan Mi 9T Pro ke pasaran antarabangsa kini semakin jelas. Ia disahkan oleh Xiaomi Nederland, yang memuat naik status menyatakan pelancaran Mi 9T Pro akan diadakan pada 20 Ogos 2019, di sana. Nampaknya Eropah sekali lagi akan menerima Mi 9T Pro terlebih dahulu, sebelum tiba di Asia Tenggara.

Mi 9T Pro ialah peranti yang sama dengan Redmi K20 Pro yang telah dijual di China dan India. Versi Pro ini memiliki banyak persamaan dengan Mi 9T yang telah dijual di Malaysia, melainkan pada pemprosesnya yang menggunakan Snapdragon 855 serta sensor kamera utama 48MP Sony IMX586.



Lebih baik lagi, Mi 9T telah dikesan berada di Malaysia apabila ia telah pun disenaraikan di SIRIM. Jadi, ia boleh mula digunakan di Malaysia dan ini bermakna, ia mungkin akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Sebelum ini, Mi 9T pertama kali dilancarkan di Eropah pada 12 Jun, dan mendarat di Malaysia pada 20 Jun. Ia dijual pada harga RM1,199 dengan storan 64GB dan RM1,399 bersama storan 128GB.



Dikhabarkan, Mi 9T Pro akan dijual di Eropah pada harga EUR429 (~RM2,202). Untuk perbandingan, Mi 9T 64GB di Sepanyol di jual pada harga EUR329 (~RM1,559) sedangkan di Malaysia baru RM1,199. Jadi, mungkin Mi 9T Pro di Malaysia akan berharga di bawah RM1,900.

Dengan harga menghampiri RM2,000, ia sudah menembusi julat harga Mi 9 yang dijual pada harga RM1,699 di Malaysia, dengan storan 64GB. Adakah Mi 9T Pro masih sesuai digelar pengganti Pocophone F1? Kita tunggu pengumuman rasmi pada 20 Ogos nanti.

Sumber: GSMarena, Xiaomi Nederland

Tags: Mi 9TMi 9T Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Mi 9T Pro akan muncul di pentas antarabangsa pada 20 Ogos

Mi 9T Pro akan muncul di pentas antarabangsa pada 20 Ogos

14 August 2019
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER