• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Telefon gaming terhebat dunia akan tiba di Malaysia pertengahan Oktober

  • OLEH Najib
  • 7:20 pm
  • 20/09/2019
  • Komen
Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya ASUS Malaysia memecah berita apabila mengumumkan tarikh ketibaan telefon pintar gaming terbaik mereka. ROG Phone II akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Oktober 2019. Dalam pengumuman tersebut, ASUS turut menyatakan ia adalah telefon pintar dengan prestasi terbaik, seperti yang disenaraikan oleh AnTuTu.

ROG Phone II telah dilancarkan pertama kalinya pada bulan Julai 2019. Ia kemudiannya telah dijual di China dalam beberapa variasi, salah satunya ialah Edisi Tencent dengan harga termurah dalam keluarganya. Edisi Tencent ini dijual pada harga RMB3,499 (~RM2,073) dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB sahaja.



Pada akhir bulan Ogos, ASUS Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan bahawa set rasmi di Malaysia kelak adalah berbeza dengan set yang dijual di China. Malaysia akan menerima set premium dengan spesifikasi tinggi.

Untuk Malaysia, ASUS akan membawakan ROG Phone II yang lebih hebat, dengan RAM 12GB bersama storan 512GB dan 1TB. Dari segi fizikal, set Malaysia akan memiliki badan belakang diperbuat dari kaca, berbeza dengan Edisi Tencent yang menggabungkan kaca dan besi di belakang.



Set rasmi Malaysia juga akan menerima kepala pengecas 30W dan kabel USB-C ke USB-C. Selain itu, kotak ROG Phone 2 akan datang dalam bentuk prisma, sama seperti ROG Phone yang asal.

Spesifikasi yang dinyatakan oleh ASUS Malaysia ini selari dengan maklumat yang diberikan penjual DirectD untuk tempahan awal ROG Phone II. DirectD menyatakan, ROG Phone 2 set rasmi Malaysia akan datang dengan RAM 12GB serta storan dalaman 512GB dengan harga RM3,xxx dan storan 1TB pula RM4,xxx.

ROG Phone II sememangnya sebuah telefon pintar gaming yang sangat hebat. Ia memiliki skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dan diapit oleh dua speaker stereo yang menembak bunyi terus ke muka pengguna. Di dalam ia memiliki kuasa pemproses terbaik, Snadpragon 855+ bersama RAM dari jenis LPDDR4X dan storan UFS3.0 yang sangat pantas.

Selain sistem penyejukan yang canggih, ROG Phone 2 memiliki bateri 6,000mAh yang sangat besar dan menyokong pengecasan pantas USB-C PD 30W. Lebih baik lagi, ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm ketika trend pengeluar telah menghapuskannya di telefon pintar terbaru.

Adakah anda akan menjadi yang terawal untuk memiliki telefon pintar ASUS ROG Phone II ini nanti? Mau makan ayam setiap malam kah?

Sumber: ASUS ROG

Tags: asusROG Phone 2
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama

Telefon gaming terhebat dunia akan tiba di Malaysia pertengahan Oktober

20 September 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER