• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Remote Play PS4 Kini Menyokong Telefon Bukan Xperia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:24 pm
  • 10/10/2019
  • Komen
Remote Play PS4 Kini Menyokong Telefon Bukan Xperia
Share on FacebookShare on Twitter

Remote Play adalah salah satu kelebihan yang ada pada konsol permainan PlayStation (PS), sejak PS3 lagi. Namun, kegunaannya adalah terhad kepada sejumlah peranti Sony Xperia sahaja. Ia bukanlah masalah pada keupayaan teknikal peranti lain, ia cuma Sony saja busuk hati.

Walaupun ada beberapa pihak yang berjaya port keluar Remote Play untuk digunakan pada peranti bukan Xperia, pengoperasiannya agak semput kerana para pembangun perlu menipu sistem PS yang ia sedang berkomunikasi dengan peranti Xperia. Disebabkan ekosistem Android terlalu bersegmen-segmen, tak semua telefon menyokong Remote Play. Lebih teruk, versi port keluar hanya boleh digunakan pada peranti yang telah di-root. Sudah tentu ia bukan kerja orang-orang kebanyakkan seperti kita.



Tapi semuanya bakal berubah apabila Sony mengemas kini PS4 kepada firmware v7.00. Padanya, Sony telah mengangkat halangan Remote Play. Jadi, ia boleh digunakan oleh apa-apa peranti Android 5 dan keatas. Selain itu, kemas kini Remote Play ini juga bakal menyaksikan saiz Party akan diperbesar kepada 16 dan keupayaan menaip teks menggunakan paparan sesentuh telefon.

Bagi yang masih tak tahu apa itu Remote Play, ia adalah kemudahan yang diberikan Sony untuk anda bermain PlayStation menggunakan telefon pintar anda. Segala tugasan berat memproses akan dikendalikan konsol dan imej dihantarke telefon melalui sambungan Internet. Jadi, telefon anda boleh jadi paparan PlayStation walau dimana anda berada.



Menggunakan pad kawalan DualShock 4 anda juga boleh tambatnya pada telefon melalui sambungan Bluetooth dan main seperti biasa. Muat turun APP ini untuk mula gunakan Remote Play.

Sumber: AndroidPolice, Gambar Pemuka

Tags: Sonysony playstationsony playstation 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Remote Play PS4 Kini Menyokong Telefon Bukan Xperia

Remote Play PS4 Kini Menyokong Telefon Bukan Xperia

10 October 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN