• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mavic Mini, Drone Kompak Dengan Satu Kecacatan Ketara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:07 am
  • 31/10/2019
  • Komen
DJI Mavic Mini, Drone Kompak Dengan Satu Kecacatan Ketara
Share on FacebookShare on Twitter

DJI telah perkenalkan seorang ahli baru dalam keluarga drone Mavic mareka dan kali ini ia diberi nama Mavic Mini. Seperti namanya, drone ini adalah sebuah kamera terbang yang kompak dan miliki rekaan seperti siri Mavic 2 yang diumumkan mereka awal tahun ini.

Hanya sedikit besar daripada DJI Spark, dron ini lebih baik daripada Spark daripada segi mobiliti kerana boleh dilipat untuk memakan ruang seluas 140x82mm saja. Dengan satu bateri penuh, Mavic Mini boleh beroperasi 30 minit, iaitu sekali ganda lebih lama daripada Spark.



Di bahagian kamera, specs asasnya nampaknya tak berubah. Ia dikenakan sensor CMOS 1/2.3″ 12MP tapi ada ekstra paksi untuk distabilkan menjadikan sistem kameranya ada 3 paksi kestabilan. Untuk merakam video, ia boleh pergi sehingga 2.7K@30 atapun 1080@60fps.

Walaupun nampak seperti nyata lebih baik berbanding Spark, ada satu kekurangan ketara pada Mavic Mini. Ia tidak hadir dengan sensor keselamatan selengkap Spark dan juga Mavic yang lain sebaliknya hanya ada sensor memandang ke bawah. Sudah tentu dron ini bukan untuk newbies dan jika ya, ia memerlukan sedikit masa untuk dibiasakan.



Namun yang menarik perhatian adalah pada aksesori-aksesori menarik yang hadir bersama-sama produk kali ini. Pertama dalah bekas pengecas bateri yang boleh memegang tiga bateri sekali gus. Bukan saja bertindak sebagai pengecas, ia juga menjadi bekas penyimpan dan juga boleh bertindak seperti power bank dalam keadaan memerlukan sebab di badannya ada satu port USB-A.

Di A.S Mavic Mini ini dijual pada harga bermula USD399 (RM1,666) ataupun Fly More Combo yang berharga USD499 (RM2,084). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji mavicdji mavic mini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
DJI Mavic Mini, Drone Kompak Dengan Satu Kecacatan Ketara

DJI Mavic Mini, Drone Kompak Dengan Satu Kecacatan Ketara

31 October 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN