• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google mula menghantar notis Cukai Digital bermula 1 Januari 2020

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 02/12/2019
  • Komen
Google mula menghantar notis Cukai Digital bermula 1 Januari 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan memperkenalkan Cukai Digital bermula 1 Januari 2020. Sebelum ini kita masih belum mengetahui bagaimana ia akan dilaksanakan. Tetapi hari ini kami menerima notis dari Google yang mereka akan mula mengenakan cukai digital kepada pengguna.

Dalam notis yang dihantar Google ini, pengguna akaun Google G Suite akan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% untuk perkhidmatan digital. Perkara ini boleh dirujuk di dalam Panduan Perkhidmatan Digital yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Orang ramai boleh mendapatkan salinan panduan di laman web Jabatan Kastam di sini.



Dalam panduan tersebut kita boleh menemui jenis perkhidmatan digital yang dikenakan cukai digital. Antaranya ialah:

  1. Perisian, aplikasi dan permainan video
  2. Muzik, e-buku dan filem
  3. Iklan dan platform dalam talian (menyediakan ruang iklan di platform media, menyediakan platform untuk bertukar produk atau perkhidmatan)
  4. Enjin carian dan rangkaian sosial
  5. Pengkalan data dan hosting
  6. Telekomunikasi berasaskan internet (PABX-awan, VOIP)
  7. Latihan dalam talian
  8. Lain-lain (langganan suratkhabar dan jurnal dalam talian, kandungan digital lain seperti gambar, teks, maklumat dan perkhidmatan proses pembayaran)

Perkhidmatan di atas tidak akan dikira perkhidmatan digital jika:



  1. Perkhidmatan itu boleh didapati tanpa menggunakan teknologi internet. Contoh: Meminta penyanyi dari Australia datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di hari pernikahan.
  2. Perkhidmatan dihantar melali emel. Ia tidak dikira jika memerlukan bantuan manusia. Penghantaran perkhidmatan tidak dikira sebagai sebahagian dari transaksi jualan dan belian. Contoh: Syarikat arkitektur dari Malaysia meminta lusian 3D dari syarikat di Amerika. Ia akan dihantar menerusi emel dan ini tidak dikira sebagai perkhidmatan digital. Sebaliknya ia perlu direkodkan di bawah cukai perkhidmatan diimport.

Pasti lebih banyak penyedia perkhidmatan lain akan mula menghantar notis berkenaan cukai digital kepada pengguna tidak lama lagi. Antara yang kami lihat akan dikenakan cukai digital adalah seperti YouTube Premium, Netflix, Spotify, Apple Music, dan banyak lagi.

Jangan terkejut pula jika ada kenaikan yuran langganan anda pada 1 Januari 2020 nanti.

Tags: Cukai DigitalGoogle
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Google mula menghantar notis Cukai Digital bermula 1 Januari 2020

Google mula menghantar notis Cukai Digital bermula 1 Januari 2020

2 December 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER