Arus trend teknologi nirtunai kini semakin menular di Malaysia dan yang terbaru adalah BigPay. Ia adalah satu perkhidmatan kad prabayar yang dikelolakan BigPay Malaysia Sdn. Bhd., sebuah subsidiari AirAsia Sdn. Bhd. yang dulunya dikenali sebagai TPaay Asia Sdn. Bhd.
The launch of a great company BIGPAY. Part of AIRASIA Digital strategy. One day this product will be worth more than @AirAsia . Many features being rolled out. Soon no more cash on AIRASIA. Analysts don’t even know about our digital strategy. pic.twitter.com/peW5r9RwJ7
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) January 15, 2018
Syarikat yang sama turut memperkenalkan big Prepaid Mastercard pada tahun 2016. Pada BigPay kali ini, mereka y hadir menjanjikan 5 keselesaan kepada penggunanya.
1. Sentiasa Dalam Kawalan
Anda boleh menambat sehingga 10 kredit atau debit kad yang boleh digunakan untuk menambah nilai akaun BigPay. Jadi, akaun bank sebenar anda sentiasa selamat dan tidak didedahkan kepada orang lain.
2. Keselamatan Yang Utuh
Bank akaun anda tidak akan didedahkan pada sesiapa dan anda hanya perlu menambah nilai amaun yang anda perlukan saja. Kemudian, apps BigPay dilindungi kata kunci serta pengimbas cap jari. Jika anda kehilangan kad BigPay, kad itu boleh dibekukan terus daripada APP.
3. Maklumat Direkodkan Secara Teliti
Setiap transaksi boleh terus dilihat pada apps dalam masa nyata. Maka, anda dapat melihat setiap entri pembayaran mengikut kategori.
4. Perpindahan Wang Antara Rakan
Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran jika memindahkan wang antara rakan. Ia sangat berguna dalam situasi “bayar asing” semasa makan tengah hari. Saya ingin mencuba BigPay, tapi ada satu peringkat ini yang merencatkan niat saya. Mereka meminta RM50 sebelum mereka menghatar kad fizikal BigPay saya.
5. Lihat Pola Belanjanwan
Setiap perbelanjaan dikategorikan secara automatik. Maka, anda boleh melihat pada bahagian mana anda menghamburkan wang agar strategi belanjawan boleh dirangka.
Secara asanya, ia adalah kad prepaid yang ditambat pada APP khas. Anda boleh melihat segala transaksi kad itu secara masa nyata dan terdapat juga fungsi memindahkan dana kepada pengguna lain secara percuma.
Kami amat teruja ingin mencuba perkhidmatan ini hinggalah pada satu tahap dalam proses pendaftaran yang meminta anda menambah nilai RM50 sebelum anda boleh ke halaman skrin seterusnya. Apa bezanya BigPay dengan kad debit yang anda sedang gunakan sekarang? Hal ini kerana penggunaannya terhad di terminal khas seperti kad-kad fizikal yang lain.
Oh ya, RM2.05 sen akan ditolak daripada akaun sekiranya tiada apa-apa transaksi dilakukan oleh anda pada bulan sebelumnya.
Pada situasi ini, kami rasakan yang vcash memiliki potensi yang lebih besar berbanding BigPay kerana ia menggunakan pembayaran berasaskan kod QR.