• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RFID diaktifkan di 62 plaza tol terbuka bermula 1 Januari 2020

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 23/12/2019
  • Komen
Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi melancarkan lagi sistem pembayaran tol, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan akan melaksanakan penggunaan teknologi RFID (Radio Frequency Identification) di 62 plaza tol bermula 1 Januari 2020. Ia melibatkan lebuhraya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1, menjadikan RFID satu lagi pilihan pembayaran secara elektronik selain kad Touch n Go dan SmartTag.

Sistem RFID telah diuji di plaza tol terpilih mulai tahun 2018 dan dikatakan mendapat respon positif dari pengguna lebuhraya. Sehingga kini, pengguna RFID telah mencecah lebih dari 830,000 orang.



Dengan menggunakan RFID, pengguna tol tidak lagi perlu berhenti untuk menyentuh kad di mesin pembaca. Tiada juga kos penyelenggaraan kerana pelekat RFID tidak menggunakan bateri, malah tambah nilai lebih mudah kerana boleh dibuat secara online.

Teknologi RFID menggunakan pelekat yang ditampal di kereta dan dihubungkan ke akaun Touch n Go eWallet pengguna. Pengguna hanya perlu memastikan baki eWallet mencukupi dan ia boleh ditambah nilai dengan mudah secara online, tidak perlu lagi berhenti atau mencari pusat tambah nilai.



Pelekat RFID di lampu

Bagi yang belum memasang pelekat RFID dan ingin berbuat demikian, boleh pergi ke mana-mana 130 pusat pemasangan seperti berikut:

  • 18 Pusat Pemasangan Touch n Go: https://www.tngdigital.com.my/rfid
  • 112 Pusat Pemasangan Bergerak: http://rfid.touchngo.com.my/html/registration_fitment.aspx

Tambah KKR lagi, pelaksanaan RFID ini merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti (Multi Lane Free Flow – MLFF) di lebuhraya. Ia adalah aspirasi kerajaan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan bayaran tol di masa hadapan.

Dalam kenyataan sebelum ini, lebuhraya sistem tertutup PLUS akan menyokong RFID menjelang 1 April 2020.

Sumber: LLM

Tags: plusrfidTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

RFID diaktifkan di 62 plaza tol terbuka bermula 1 Januari 2020

23 December 2019
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN