• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Oppo akan melancarkan fon kepala wayarles Enco Free di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:25 pm
  • 10/01/2020
  • Komen
Oppo akan melancarkan fon kepala wayarles Enco Free di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Fon kepala wayarles Apple iaitu Airpods, memang sangat popular sehinggakan banyak pengeluar lain turut menghasilkan produk dengan rupa yang hampir sama. Salah satu darinya ialah Oppo Enco Free dan ia diumumkan akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan, 16 Januari 2020.

Fon kepala wayarles dari Oppo ini mempunyai hayat bateri sepanjang 5 jam dengan hayat lebih panjang sehingga 25 jam bersama bekas penyimpannya. Ia mempunyai kawalan sentuhan di kedua-dua belah peranti untuk mengawal tahap bunyi atau menghentikan dan memainkan lagu serta melangkau lagu.



Terdapat tiga pilihan saiz silikon untuk dipasang padanya bagi memastikan ia benar-benar muat dan selesa di dalam telinga. Sambungan Bluetooh 5.0 menjadi penghubungnya secara wayarles dan ia berhubung secara berasingan, bagi memastikan kualiti sambungan yang lebih baik.

Tiada penyaring bunyi hingar (noise cancelltation) padanya tetapi ia memiliki pembantu AI yang berkemampuan mengasingkan bunyi bising semasa membuat panggilan. Satu lagi kekurangan pada fon kepala ini ialah tiada sokongan pengecas wayarles, ia bergantung kepada sambungan USB-C untuk tenaga baru. Pengecasan penuh fon kepala mengambil masa sekitar 90 minit manakala bekas penyimpan mengambil masa hampir 2 jam untuk penuh.



Fon kepala wayarles Oppo Enco Free akan dijual di Malaysia pada harga RM499.

Tags: oppoOppo Enco Free
Najib

Najib

POPULAR

Oppo akan melancarkan fon kepala wayarles Enco Free di Malaysia

Oppo akan melancarkan fon kepala wayarles Enco Free di Malaysia

10 January 2020
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN