• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada tambah stok topeng muka dan pastikan harga terkawal

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 10/02/2020
  • Komen
Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 5.20pm: Lazada akan menjual topeng muka KF94

Saranan kerajaan agar orang ramai memakai topeng muka di khalayak ramai ketika penularan wabak koronavirus kini menyebabkan stok topeng muka habis dijual di merata tempat. Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki topeng muka, Lazada Malaysia berusaha menambah stok jualan topeng muka di platform e-dagang mereka.



Bermula hari Selasa, 11 Februari 2020, Lazada Malaysia akan menambah stok jualan topeng muka di platform mereka. Bagi memastikan lebih ramai orang boleh membeli topeng muka ini, Lazada akan menetapkan had pembelian topeng muka agar ia tidak diborong oleh sesetengah pembeli sahaja.

Lazada juga memastikan para penjual mengekalkan harga patut untuk topeng muka. Lazada bekerjasama dengan kerajaan untuk memantau situasi semasa dan orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang jualan dengan harga melampau ke Bahagian Khidmat Pelanggan Lazada untuk siasatan lanjut.



  • Topeng Muka N95
  • Topeng Muka KF94

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga kawalan bagi topeng muka satu lapisan dijual pada harga RM7 sekotak, dua lapisan RM10 sekotak dan tiga lapisan RM40 sekotak manakala topeng N95 pula RM6 sekeping.

KPDNHEP boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011, jika ada penjual yang menjual topeng muka pada harga melebihi harga kawalan yang dibenarkan. Sebarang pelanggaran peruntukan akta berkenaan boleh menyebabkan individu didenda hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun hingga RM50,000.

Bagi memastikan keselamatan semasa penghantaran, kesemua gudang Lazada Malaysia termasuk peralatan yang digunakan, akan menjalani proses pembasmian kuman. Pekerja logistik Lazada juga diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan suhu badan setiap hari serta proses sanitasi yang ketat sebelummengendalikan sebarang bungkusan.

Tags: koronavirusLazada
Najib

Najib

POPULAR

Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points

Lazada tambah stok topeng muka dan pastikan harga terkawal

10 February 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN