• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada satu perkara baru di Galaxy S20 dan S20+ walaupun tanpa 5G

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 20/02/2020
  • Komen
Ada satu perkara baru di Galaxy S20 dan S20+ walaupun tanpa 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Tempahan awal telefon terbaru Samsung akan tamat pada 26 Februari 2020. Sementara beza harga S20 dan S20+ hanyalah RM400, beza antara S20+ dan S20 Ultra pula ialah RM1,000. Satu jumlah yang agak besar. Ketiga-tiga model telefon ini memiliki saiz storan yang sama, dengan perbezaan pada jenis kamera, kapasiti RAM dan sokongan rangkaian 5G.

Jika anda masih tidak tahu, telefon pintar Galaxy S20 dan S20+ yang dijual di Malaysia tidak menyokong rangkaian 5G. Tetapi ia ada satu perkara baru yang tidak pernah ada di siri Galaxy S sebelum ini.



Sokongan eSIM.

Dari pengesahan SIRIM, Galaxy S20 dan S20+ disenaraikan dengan sokongan 2 SIM dan 1 eSIM. Selain itu, ia juga menyokong WiFi 6 (802.11ax).



Buat masa ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia menawarkan eSIM untuk penggunaan di iPhone sahaja. Kempen tempahan awal Galaxy S20 menerusi telco juga tidak menyatakan tentang sokongan eSIM.

Sebenarnya, telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama Samsung iaitu Galaxy Fold, telah menyokong eSIM di Malaysia. Ia hanya ada satu ruang kad SIM fizikal dan memerlukan eSIM jika mahukan SIM kedua.

Maxis dilihat telah menyokong eSIM untuk peranti selain Apple iaitu Galaxy Fold dan jam pintar Huawei Watch 2. Dijangka mereka juga akan menyokong eSIM di siri Galaxy S20 tidak lama lagi.

Galaxy S20 dan S20+ menyokong dua kad SIM nano dan mikroSD, menerusi slot kad hibrid. Jadi masih mudah untuk menggunakan dua kad sim tanpa perlu mengaktifkan eSIM.

Sumber: SoyaCincau

Tags: samsungSamsung Galaxy S20
Najib

Najib

POPULAR

Ada satu perkara baru di Galaxy S20 dan S20+ walaupun tanpa 5G

Ada satu perkara baru di Galaxy S20 dan S20+ walaupun tanpa 5G

20 February 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN