• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat telekomunikasi minta hentikan perkongsian meme kerana bebankan rangkaian

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 30/03/2020
  • Komen
Syarikat telekomunikasi minta hentikan perkongsian meme kerana bebankan rangkaian
Share on FacebookShare on Twitter

Waktu waktu sebegini di mana orang ramai terpaksa duduk di rumah dan tidak keluar, membuatkan pelbagai perkara kreatif dibuat orang ramai. Sudah pasti, ramai yang mahu berkongsi tentang perkara tersebut terutama sekali menggunakan rakaman video.

Perkongsian video meme atau kelakar adalah perkara biasa di Malaysia, apatah lagi kita dilambakkan dengan pelbagai data khas seperti YouTube dan WhatsApp untuk digunakan sebanyaknya. Tetapi berbeza pula di Rusia. Syarikat telekomunikasi terbesar di sana, MTS meminta pengguna untuk berhenti berkongsi video meme dan tular kerana rangkaian mereka mula terbeban dengan penghantaran data yang melebihi kebiasaan.



Presiden MTS, Alexei Kornya dalam kenyataan media menyatakan, “Meme dan sentiasa bersemangat tinggi adalah penting, tapi adalah penting juga untuk bertanggungjawab dalam menggunakan kandungan atas talian. Saya tidak mengatakan kamu patut berhenti menonton filem atas talian atau menyertai persidangan video untuk kerja.”

Beliau meminta rakyat Rusia untuk “berhenti dari menghantar video yang kelakar tetapi terlalu berat melalui platform permesejan kepada berpuluh orang kenalan” kerana ia membebankan infrastruktur telekomunikasi. MTS memiliki sekitar 80 juta pelanggan di Rusia dan peningkatan melampau dikesan di kebanyakan bandar utama, terutama sekali di Moscow.



Buat masa ini, Rusia masih belum mengeluarkan perintah larangan pergerakan tetapi banyak syarikat telah bertukar kepada bekerja di rumah bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19. Sejak itu, alam maya Rusia dihujani pelbagai meme berkaitan COVID-19 dari dalam dan luar negara, memandangkan banyak negara telah mengenakan perintah berkurung dan sekatan pergerakan membuatkan kegiatan di internet bertambah.

Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19MTSRusia
Najib

Najib

POPULAR

Syarikat telekomunikasi minta hentikan perkongsian meme kerana bebankan rangkaian

Syarikat telekomunikasi minta hentikan perkongsian meme kerana bebankan rangkaian

30 March 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN