• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Jabra Elite 45e percuma dengan membeli Jabra Elite Active 75t sempena Hari Bapa

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
Dapatkan Jabra Elite 45e percuma dengan membeli Jabra Elite Active 75t sempena Hari Bapa
Share on FacebookShare on Twitter

Sambutan Hari Bapa tahun ini boleh diserikan dengan pemberian hadiah berupa fon kepala wayarles Jabra. Sempena Hari Bapa, Jabra kini mengadakan promosi beli 1 percuma 1, untuk pembelian fon kepala TWS mereka, Jabra Elite Active 75t.

Promosi eksklusif ini hanya boleh didapati di Stor Jabra di Lazada, dari 13 hingga 21 Jun 2020. Dengan setiap pembelian Jabra Elite Active 75t, pembeli akan turut menerima sebuah lagi fon kepala Jabra Elite 45e berwarna emas yang bernilai RM415 secara percuma. Selain itu, Jabra turut menawarkan penghantaran percuma dalam promosi ini.



Fon kepala Jabra Elite Active 75t dijual pada harga RM999 dalam dua warna, biru dan kelabu. Jabra turut menawarkan jaminan selama 2 tahun, dengan penggantian 1-ke-1 jika terdapat kerosakan.

Pengguna yang aktif sesuai menggunakan Jabra Elite Active 75t kerana ia kalis peluh, air dan debu dengan pengiktirafan IP57. Ia juga direka dengan bentuk yang lebih kecil dan selesa di telinga pengguna, berbanding model sebelumnya.



Dengan sekali cas, ia boleh digunakan sehingga 7.5 jam, atau sehingga 28 jam bersama kotak pengecas. Tetapi ia tiada penyaring hingar aktif (ANC).

Dengan teknologi HearThrough, pengguna masih boleh mendengar bunyi sekitar dengan jelas walaupun memakainya di telinga. Lebih banyak tetapan bunyi boleh dibuahsuai mengikut citarasa pengguna melalui aplikasi Jabra Sound+.

Manakala Jabra Elite 45e adalah fon kepala wayarles jenis cekak leher yang sangat fleksibel dan sesuai dengan kegiatan aktif kerana kalis peluh IP54. Baterinya boleh memberikan masa penggunaan sehingga 8 jam.

Jabra Elite 45e Gold Beige

Jangan lupa untuk mendapatkan kedua-dua fon kepala Jabra Jabra Elite Active 75t dan Jabra Elite 45e pada satu harga di Lazada, dari 13 hingga 21 Jun 2020.

Tags: JabraJabra Elite 45eJabra Elite Active 75tLazada
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan Jabra Elite 45e percuma dengan membeli Jabra Elite Active 75t sempena Hari Bapa

Dapatkan Jabra Elite 45e percuma dengan membeli Jabra Elite Active 75t sempena Hari Bapa

11 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN