• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kereta F1 Mercedes dicat hitam bagi perlumbaan musim 2020, tanda sokongan kepelbagaian

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 01/07/2020
  • Komen
Kereta F1 Mercedes dicat hitam bagi perlumbaan musim 2020, tanda sokongan kepelbagaian
Share on FacebookShare on Twitter

Pemandu kereta F1 Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas akan memandu kereta F1 Mercedes berwarna hitam, bagi menyatakan sokongan terhadap kempen menentang rasisma dan diskriminasi. Ia juga sebagai tanda usaha syarikat tersebut untuk meningkatkan lagi kepelbagaian warna kulit di dalam pasukan F1 mereka.

Warna asal kereta F1 Mercedes musim 2020

Pengumuman ini datang berikutan protes yang diadakan di seluruh dunia berkenaan Black Lives Matter dan disokong oleh pemandu F1 terkenal berkulit hitam, Lewis Hamilton. Hamilton telah melancarkan Suruhanjaya Hamilton, satu kerjasama yang mensasar untuk menjadikan sukan permotoran terbuka lebih luas untuk pelbagai jenis masyarakat.



Pemandu F1 Mercedes, Lewis Hamilton

Mercedes buat masa ini telah mengenalpasti bahawa mereka memiliki hanya 3% pekerja bangsa minoriti, serta 12% pekerja wanita. Mereka akan mencari cara baru untuk menarik bakat dari kumpulan lebih meluas dan komited untuk melaksanakannya sebelum musim 2020 berakhir.

Formula 1 sendiri telah melancarkan inisiatif #WeRaceAsOne, bagi menunjukkan sokongan menentang wabak COVID-19 serta mengutuk rasisme dan ketidakadilan. Pasukan F1 diminta untuk mempamerkan pelekat pelangi di kereta F1 mereka, bersama tanda pagar #WeRaceAsOne.



Selain itu, Formula 1 juga menubuhkan jawatankuasa khas, untuk mengenalpasti peluang pekerjaan dan pendidikan untuk kumpulan yang kurang bernasib baik di seluruh ruang di dalam Formula 1.

Sumber: Formula 1

Tags: Formula F1Mercedes
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Kereta F1 Mercedes dicat hitam bagi perlumbaan musim 2020, tanda sokongan kepelbagaian

Kereta F1 Mercedes dicat hitam bagi perlumbaan musim 2020, tanda sokongan kepelbagaian

1 July 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN