• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple tanya anda sama ada pengecas perlu disertakan bersama iPhone

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:04 pm
  • 07/07/2020
  • Komen
Apple tanya anda sama ada pengecas perlu disertakan bersama iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Anda tentu pernah dengar yang Apple sedang berkira-kira untuk tidak menyertakan aksesori tambahan bersama iPhone 12. Dua aksesori yang sedang dibincangkan ialah pengecas dan juga earfon telinga. Sudah tentu ramai yang akan melenting kerana telefon sepremium ini, pengecasnya perlu dibeli berasingan?

iPhone 11 Pro Max dibekalkan pengecas 18W

Kita bukannya bercakap tentang pengecas 5W zaman purba yang sentiasa diajuk pengguna Android kerana sifat kupik Apple, sebaliknya 18W yang dibekalkan bermula iPhone 11 Pro Max. Sudah tentu perkara ini berkait rapat dengan kos dan margin keuntungan Apple tapi adakah dengan tak membekalkan EarPods dan pengecas, harga iPhone akan jadi lebih murah?



Itulah yang sedang disiasat Apple apabila mereka dilaporakn menyebarkan satu survei dalam kalangan penggunanya. Salah seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar survei yang diterimanya.

Pesquisa da Apple que recebi por email. Várias perguntas sobre o uso do carregador! Será q teremos um iPhone 12 sem carregador na caixa? ? terá?? @juniornannetti @marchwill pic.twitter.com/q1kiiCVeQL

— Gustavo Alves Reis (@Gunstaxl) July 1, 2020

Merujuk kepada pengecas telefon, Apple ingin tahu apakah yang dilakukan pengguna iPhone terhadap pengecas mereka seperti:



  • Jual secara pukal bersama iPhone terpakai
  • Kehilangannya
  • Berikannya pada ahli keluarga ataupun rakan
  • Simpan dan guna di rumah
  • Simpan dan guna di luar
  • Tidak gunakannya langsung

Menurut 9to5Mac, ini bukanlah kali pertama Apple melakukan survei terhadap tindakan radikal yang bakal mereka ambil. Contohnya, mereka pernah adakan pungutan suara berkaitan jek audio 3.5mm pada MacBook Pro.

Sumber: 9to5Mac

Tags: appleiphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple tanya anda sama ada pengecas perlu disertakan bersama iPhone

Apple tanya anda sama ada pengecas perlu disertakan bersama iPhone

7 July 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN