• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga pas #Bebas tanpa had Unifi Mobile kini lebih murah, dari RM12/minggu

  • OLEH Najib
  • 7:13 pm
  • 27/07/2020
  • Komen
Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir semua syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, telah mengikuti jejak U Mobile dalam memperkenalkan pelan prabayar tanpa had bulanan serendah RM35/bulan. Antaranya ialah Celcom, Digi dan Maxis. Kini Telekom Malaysia (TM) turut menyertai perjuangan tanpa had kuota ini, menerusi pelan prabayar Bebas Unifi Mobile.

Sebelum ini, Unifi Mobile telah menawarkan pas LTE tanpa had Bebas untuk pelan prabayar, secara mingguan pada kadar RM20/minggu dan secara bulanan berharga RM55/bulan. Kini pengguna prabayar Unifi Mobile boleh melanggan pelan Bebas ini pada harga lebih murah.



Bebas Weekly untuk internet LTE tanpa had kini boleh dilanggan pada harga RM12/minggu. Manakala untuk Bebas Monthly yang memberikan internet LTE tanpa had, kini berharga hanya RM35/bulan.

Menurut ruangan soalan lazim FAQ, promosi ini berjalan dari 27 Julai sehingga 31 Disember 2020. Pelan ini turut memberikan penggunaan hotspot untuk perkongsian data tanpa had, tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.



Tetapi sila ambil maklum bahawa pas Bebas hanya memberikan internet tanpa had untuk sambungan LTE atau 4G sahaja, tidak untuk 2G atau 3G. Kuota data lain harus dilanggan untuk menggunakan internet jika pengguna tidak bersambung ke rangkaian LTE Unifi Mobile.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Unifi Mobile #Bebas. Anda juga boleh mendapatkan pek sim prabayar Unifi Mobile pada harga RM10 di laman web Unifi Mobile, yang datang bersama pas Bebas Bulanan percuma.

Tags: UnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

Harga pas #Bebas tanpa had Unifi Mobile kini lebih murah, dari RM12/minggu

27 July 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN